berita

#AJL38: ‘Apa Amir Jahari Buat Semalam, Saya Tengok Ramai Yang Menangis’ – AG Coco

March 4th, 2024 | by Alia
Kini Trending

AG

Menepati ramalan, Amir Jahari menerusi lagu ‘Hasrat’ dinobatkan sebagai juara pada malam Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) sekaligus membawa pulang RM100,000.

Artikel Berkaitan: Hasrat Nyanyian Amir Jahari Dinobat Sebagai Juara, Ini Keputusan Penuh Pemenang AJL38

Artikel Berkaitan: Neelofa Ramal Amir Jahari Jadi Juara AJL38 Tepat, Netizen Suruh Tengok ‘Bila Dia Nak Kahwin?’

Ucap rasa syukur

AG COCO

Ketika ditemui OhBulan! penerbit muzik dan anggota kumpulan hujan, AG Coco merupakan antara individu yang bertanggungjawab dalam menggubah muzik bagi persembahan Amir, pada malam tadi.

AG Coco atau nama sebenarnya Mohd Hezry Mohd Hafidz mengucap rasa syukur setelah ‘Hasrat’ diumumkan sebagai juara selain mengakui kekuatan pada lagu tersebut menjadi faktor kemenangannya.

Saya arrange lagu Hasrat. Alhamdulillah, lagu Hasrat ini dari azali lagi lagu yang strong.

Alhamdulillah AJL dah balik ke satu landasan yang tidak berpaksikan stereotaip keputusan ke arah balada dan vokal tinggi.

AG Coco berkata demikian ketika ditemui di sidang media Showcase Jiwa Kacau 2.0 yang berlangsung di Star Boulevard, Kuala Lumpur pada Isnin.

Kata bapa kepada seorang anak ini, dia turut tersentuh apabila melihat suasana hiba yang menyelubungi seluruh Axiata Arena, Bukit Jalil semasa Amir mendendangkan lagu tersebut.

Lagu Amir adalah satu contoh lagu yang sedap, puitis dan mendalam untuk disampaikan kepada pendengar.

Apa Amir buat semalam saya ada tengok sendiri dekat stadium, ramai orang menangis..mesejnya sampai.

Hari paling indah

amir jahari ajl38

Sementara itu, AG Coco sempat menitipkan nasihat kepada semua pengkarya muzik supaya tidak hanya mengejar populariti semata-mata.

Yang penting kepada semua pengkarya, jadikan goal kita iaitu menyampaikan karya kita kepada pendengar. Bukan glamor.

Amir ada ‘barang tu’. Yang kenal Amir dari dia susah..semalam adalah perkara indah untuk Amir Jahari.

Terdahulu, lagu Hasrat berjaya menewaskan 11 lagu lain yang turut bertanding di anugerah berprestij tersebut.

Aisha Retno menerusi lagu Sutera berjaya meraih naib juara manakala Jangan Mati Rasa Itu yang dicipta dan dinyanyikan oleh Aina Abdul memperoleh tempat ketiga.

Untuk info, Showcase Jiwa Kacau 2.0 bakal diadakan pada 22 Jun 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

SKIP THIS AD ×