Ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38), Datuk Mokhzani Ismail menjelaskan lagu Hasrat dinobatkan sebagai juara kerana elemen ‘major’ yang terkandung dalam lagu tersebut sangat berkualiti.
Artikel Berkaitan: Hasrat Nyanyian Amir Jahari Dinobat Sebagai Juara, Ini Keputusan Penuh Pemenang AJL38
Artikel Berkaitan: #AJL38: Aina Abdul Pukau Penonton! Terapung Di Udara, Pokok Bergerak & Axiata Bau Harum
‘Hasrat berbeza’
Ketika ditemui OhBulan! Mokhzani berkata lagu nyanyian Amir Jahari itu juga mempunyai ‘sesuatu’ dan berbeza berbanding 11 lagu lain yang bertanding.
Melodi, nada, lirik dan semua perkara akan diambil kira dalam lagu tersebut. Tiga lagu yang menang juri pilih adalah lagu yang terbaik di antara terbaik.
Untuk mencipta lagu, perkara yang paling susah adalah bahagian major dalam lagu dan Hasrat mempunyai major lagu yang sangat berkualiti.
Ada sesuatu yang juri lihat pada Hasrat, bukan bermakna lagu lain tidak berkualiti, tetapi Hasrat lain daripada lain. Kalau dengar akan terngiang-ngiang.
Lagu itu mungkin senang untuk dinyanyikan, tetapi bila ada garapan lirik yang baik ditambah pula dengan okestra yang hebat, oleh itu juri sepakat pilih Hasrat sebagai juara.
Mokhzani berkata demikian dalam sesi sidang media sejurus AJL 38 melabuhkan tirai di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad.
Dalam pada itu, Mokhzani berkata perbezaan markah tidak begitu ketara antara lagu Hasrat dan Sutera nyanyian Aisha Retno yang dinobatkan sebagai naib juara.
Perbezaan lagu Hasrat dan Sutera tidak begitu jauh. Sutera adalah sebuah lagu bergenre EDM (Electric Dance Music) yany juga bagus. Sesuatu suntikan baharu buat industri kita.
Untuk lagu Jangan Mati Rasa Itu markah antara lagu Hasrat dan Sutera agak jauh. Tetapi kehebatan Aina tidak disangkal lagi. Sudah pasti Aina datang dalam satu pakej.
Terdahulu, lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari diumumkan sebagai juara AJL 38 sekali gus membawa pulang trofi dan wang kemenangan berjumlah RM100,000.
Dalam pada itu, lagu Sutera nyanyian Aisha Retno diangkat sebagai naib jura dan berjaya membawa pulang trofi serta wang tunai RM50,000. Aisha juga diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000.
Menduduki tempat ketiga pula adalah lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Aina Abdul, sekali gus menerima wang tunai RM30,000 berserta trofi. Aina turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.