Lagu Sutera yang dipopularkan oleh Aisha Retno antara yang diramal bakal ‘menang besar’ pada Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) malam ini.
Sebelum itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga memuji bakat yang dimiliki Aisha menerusi lagu yang sama.
Artikel Berkaitan: #AJL38: Serah Soal Menang Pada Juri, Aisha Retno Tak Letak Harapan Tinggi Untuk Lagu Sutera
Artikel Berkaitan: #AJL38: Kelab Peminat Aisha Retno Pilih Tema Jawa, Tempah Kelengkapan Dari Indonesia & China
Pesanan Siti Nurhaliza
Menerusi temu bual Show Dalam Bilik, Aisha berkata dia amat menghargai kata-kata semangat dan nasihat yang diberikan oleh penyanyi tersohor itu.
Sebagai seorang lagenda yang sentiasa memperhatikan pendatang baru, saya hargai sangat sebab orang macam dia sentiasa sibuk tapi masih ada masa untuk melihat sosial media dengan apa yang terjadi sekarang.
Dalam masa yang sama, penyanyi berusia 23 tahun tersebut berjanji akan memberikan perhatian yang penuh terhadap persembahannya di AJL nanti terutama setelah dia mendapat perhatian daripada Siti Nurhaliza.
Saya nak ucapkan terima kasih kepada Tok Ti kerana memberi semangat yang membara untuk saya lebih giat lagi dan fokus AJL ini.
Sebab saya tahu Tok Ti pun pernah berada di tempat yang sama saya rasakan, malah lebih muda dari saya. Dia umur belasan tahun dah masuk AJL.
Walaupun dihujani dengan pujian namun, penyanyi kacukan Malaysia-Indonesia ini berkata dia akan melakukan yang terbaik pada malam anugerah berprestij tersebut berikutan banyak pihak meletakkan harapan yang tinggi terhadapnya.
Jadi saya rasa benda ini adalah pemangkin untuk saya rasa lebih bersemangat lagi.
Tipu lah kalau kata tak puas, seorang lagenda puji saya tapi itu adalah tanggungjawab yang cukup besar. Kalau buat tak bagus di AJL mungkin akan mengecewakan ramai orang termasuk Tok Ti sendiri.
Anugerah Juara Lagu 38 bersiaran langsung dari Axiata Arena, Ahad, 3 Mac, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton.
Anugerah berprestij itu dikhas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.