Mempertaruhkan lagu ‘Saksama’, Akim & The Majistret menjanjikan persembahan memukau pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) yang bakal berlangsung pada Ahad.
Artikel Berkaitan: #AJL39: Hafiz Suip Sudah Siap Vokal & Mental, Bakal Munculkan Seorang Figura Hebat Atas Pentas – ‘Dia Legend, Lama Kami Tak Jumpa’
Artikel Berkaitan: #AJL39: Masdo & Aisyah Aziz Akan ‘All Out’! Persiapan Sudah 99.9% – ‘Konsep Kali Ini Berbeza, Gabung Tradisional & Moden’
Janji persembahan berbeza
Mewakili band tersebut, Akim berkata, mereka bakal menyajikan persembahan yang berbeza daripada apa yang pernah dipersembahkan sebelum ini.
Malah, dari sudut susunan muzik dan olahan lagu juga berlainan dengan versi asal yang disifatkan menepati konsep AJL.
Apa yang kami janjikan persembahan kali ini sedikit berbeza dari segi ‘arrangement’ lagu yang mana saya rasa menepati konsep AJL.
Ada penambahan ‘instrument’ untuk AJL yang mana tiada dalam versi ‘recording’ lagu asal.
Saya harap semua penonton dapat terhibur dan dapat menerima persembahan kami dengan baik.
Harapan menang
Kongsi Akim lagi, mustahil jika tidak menyimpan harapan untuk menang, namun menyerahkan tugas itu kepada juri profesional.
Tipu kalau kata tak mahu menang, ada sekelumit dalam hati nak rasa kegemilangan lagu ‘Saksama’, apa pun terserah kepada pihak juri yang lebih arif.
Mudah-mudahkan, semua finalis dapat lakukan yang terbaik dan dapat tempat di hati peminat masing-masing.
Disoal adakah akan mengulangi kejayaan lagu ‘Potret’ di AJL30 yang menjulang anugerah utama, Akim hanya mahu melakukan sehabis baik.
Tidak meletakkan harapan tapi target saya mahu buat sehabis baik, dengan pengalaman yang ada di pentas AJL sebelum ini akan digunakan.
Dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Iman, AJL39 bakal berlangsung malam ini di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 serta boleh distrim di Tonton, jam 9 malam.
Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.
Jangan lupa untuk penuhkan ruang social media dengan perbualan anda dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa.