Persembahan penyanyi Nadeera di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) menerusi lagu ‘Bukan Lagi Kita’ masih menjadi bualan hangat dalam media sosial terutama momen kain layah atau ‘veil’ jatuh dari atas.
Artikel Berkaitan: #AJL39: Aina Abdul Cipta Sejarah! Sudah Miliki Semua Trofi, Bagi ‘Hint’ Mahu Berehat Bertanding?
Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Top 3 Vokal Terbaik Adalah Ernie, Aina & Nadeera’ – Ketua Juri Dedah Perbezaan Markah Sangat Dekat
Jatuh ‘veil’
Siapa sangka, rupanya individu yang bertanggungjawab menjatuhkan ‘veil’ tersebut adalah isteri kepada penyanyi Sharul Kamal iaitu Raihan Amilin.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Sharul menerusi sebuah hantaran video di TikTok miliknya.
Sedang hangat di sosial media mengenai persembahan Nadeera dan momen veil jatuh itu menjadi bualan sebab jatuh ‘on point’.
Lepas itu ramai tanya siapa yang jaga ‘queue’ jatuhkan veil tersebut. Orang itu adalah isteri saya.
Sementara itu, Amilin berkata, dia menjatuhkan kain tersebut mengikut gerak hati sendiri meskipun sepatutnya ‘veil’ itu perlu dijatuhkan sedikit lewat.
Waktu nak jatuhkan itu saya ikut ‘instinct’, sepatutnya sudah ada timing, dekat ‘four’, tapi ketika malam AJL, saya lebih ikut ‘instinct’ dan jatuhkan dekat ‘one’.
Kalau nak terangkan apa itu ‘four’ atau apa itu ‘one’, susah sikit lah. Kalau orang muzik insya-Allah faham apa istilah yang kami sebut.
Nak jatuhkan veil itu pun sebenarnya kena ada jiwa muzik. Alhamdulillah apa pun segalanya dengan izin Tuhan.
Terdahulu, lagu ‘Bukan Lagi Kita’ ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh berjaya dinobatkan sebagai Naib Juara AJL39.
Lagu ‘Hening Rindu’ nyanyian Marsha Milan yang merupakan cipataan Iqwan Fatana dan Wan Salleh dinobatkan sebagai Juara AJL39.
Manakala, lagu ‘Saksama’ nyanyian Akim & The Majistret ditempat ketiga.