Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meramalkan penyanyi Nadeera Zaini mempunyai peluang cerah dalam memenangi vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) malam ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Mohon Doa Mak Salmah Setiap Kali Sebelum Konsert – ‘Itulah Kunci Kejayaan Beliau’
Artikel Berkaitan: #AJL39: Nadeera Zaini Enggan Letak Harapan Tinggi, Berterima Kasih Kepada Neelofa Ramal Sebagai Juara – ‘Kalau Menang Itu Bonus’
Nadeera ada peluang
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Siti atau mesra disapa Tok Ti berkata penilaian itu dibuat setelah melihat dan mendengar vokal calon AJL 39.
Setelah dengar semua calon-calon vokal, menurut saya vokal terbaik peluang cerah untuk Nadeera.
Sebentar tadi, Nadeera menunjukkan persembahan menakjubkan dengan menyampaikan lagu Bukan Lagi Kita hingga berjaya memukau para penonton dengan vokalnya yang cemerlang.
Rata-rata penonton menyatakan mereka terpukau dengan persembahan Nadeera yang mengenakan busana berwarna putih.
Sebelum ini, Nadeera diramalkan bakal dinobatkan sebagai Juara AJL39.
Bagaimanapun, dia enggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi dan hanya berserah pada takdir dan hanya mahu melakukan persembahan yang terbaik.
Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.
Jangan lupa untuk penuhkan ruang social media dengan perbualan anda dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa.