Ketua juri Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), Edry Abdul Halim memberitahu tiga penyanyi yang bersaing sengit untuk Anugerah Vokal Terbaik adalah Ernie Zakri, Aina Abdul dan Nadeera.
Artikel Berkaitan: Marsha Milan Dinobat Sebagai Juara, Nadeera Zaini Cipta Kejutan Raih Tempat Kedua AJL39
Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Setelah Dengar Vokal Semua Calon, Nadeera Ada Peluang Cerah Dapat Vokal Terbaik’ – Siti Nurhaliza
Top 3 vokal
Bagaimanapun menurut Edry, Ernie diangkat sebagai pemenang kategori tersebut kerana kelebihannya mempamerkan teknik vokal yang pelbagai dalam persembahan menerusi lagu ‘Aura’.
Top 3 vokal terbaik adalah Ernie Zakri, Aina Abdul dan Nadeera. Tiga penyanyi ini sangat bersaing untuk kedudukan mereka bagi Anugerah Vokal Terbaik.
Ernie menang pada teknik vokal yang digunakan, dia gunakan ‘a lot of runs’ dan pelbagai teknik yang dimasukkan dalam lagu ‘Aura’.
Jadi itu adalah alasan kenapa Ernie menang dan berjaya mendapat kedudukan tertinggi berbanding dua lagi.
Edry memaklumkan perkara itu dalam sidang media malam kemuncak AJL39 yang diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad.
Markah
Disoal mengenai jurang markah antara ketiga-tiga penyanyi wanita itu, Edry menjawab markah mereka tidak jauh.
Perbezaan markah antara ketiga-tiga mereka sangat hampir. Saya boleh cakap, kadang-kala hanya perlu satu markah sahaja bagi membezakan.
Mungkin markah itu berbeza disebabkan penyanyi tersebut tarik nafas panjang sikit, itu pun boleh penyebab.
Namun, siapa kita nak menidakkan yang nombor dua dan nombor tiga. Mereka semua penyanyi hebat.
AJL39 menyaksikan lagu ‘Hening Rindu’ nyanyian Marsha Milan dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM100,000.
Manakala, lagu ‘Bukan Lagi Kita’ nyanyian Nadeera diumumkan sebagai tempat kedua dan lagu ‘Saksama’ oleh Akim & The Majistret ditempat ketiga.