Pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun memuji tindakan Ernie Zakri kerana menggunakan khidmat penyanyi latar atau ‘back up vocal’ yang bertudung sewaktu di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Doakan Kami Dibenarkan Menutup Aurat’ – Ustazah Asma’ Harun Dedah Didatangi Pramugari Luah Perasaan Takut & Rasa Bersalah
Artikel Berkaitan: Apakah Hukum ‘Childfree’? Ini Jawapan Ustazah Asma’ Harun
Jaga aurat
Menerusi perkongsian di TikTok Keluarga, Asma berkata, tindakan penyanyi berusia 32 tahun itu harus diberi pujian dan perlu dicontohi.
Saya lihat persembahan Ernie, apa yang sama nampak dia dan penyanyi latar memakai tudung. Saya kata bagusnya.
Mungkin juga Ernie memang sudah rancang daripada awal untuk pilih penyanyi latar bertudung atau mungkin kebetulan mereka bertudung. Perkara baik yang boleh dilihat.
Selain khidmat penyanyi vokal bertudung, Asma’ juga memberi pujian terhadap gaya fesyen Ernie dan beberapa penyanyi tanah air lain yang masih menjaga batas dan mengikut garis panduan Islam.
Saya pernah berjumpa secara berdepan dengan Ernie, Allah memberikan dia suara yang luar biasa. Itu satu anugerah. Dia minta saya doakannya. Dia mempunyai visi dan misi sendiri.
Sama juga seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, walaupun dia berfesyen, kita akan lihat bahagian dada akan ada hiasan tambahan untuk cover.
Di situ kita nampak, walaupun penyanyi, mereka masih ada usaha untuk menjaga syariat Islam. Saya lihat itu sangat bagus.
Ramai mula berhijrah
Dalam perkongsian sama, Asma’ juga meluahkan rasa syukur melihat semakin ramai anak seni yang mula berhijrah ke arah kebaikan.
Kita juga dapat lihat antara perubahan yang berlaku sekarang, ramai anak seni mula berhijrah. Tak kisah sama ada pelakon dan penyanyi.
Mereka semua lebih mendekatkan diri kepada Allah. Malah pemakaian mereka juga lebih sopan dan longgar.
Saya sebagai pendakwah apabila melihat situasi ini, perlu kita raikan. Kerana itu perkara yang baik.
Terdahulu, Ernie berjaya merangkul Anugerah Vokal Terbaik di AJL39 menerusi lagu ‘Aura’.
Sumber: TikTok