
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof memberi bayangan bahawa persembahan pembukaan Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) akan ada elemen kejutan.
Artikel Bekaitan: AJL40: Marsha Milan Harap Masalah Paru-Paru Tak Jejas Persembahan, Baru Sedar Tak Boleh Makan Pedas
Artikel Berkaitan : AJL40 Aina Abdul Janji Kelainan, Sedang ‘Prep’ Vokal & Tak Fikir Soal Menang – ‘Saingan Tahun Ini Kuat’
Persembahan menarik AJL40
Nini berkata, meskipun identiti barisan penyanyi yang bakal membuka tirai anugerah berprestij itu masih dirahsiakan, namun dia yakin persembahan berkenaan akan meninggalkan impak kepada penonton.
Saya tidak boleh dedahkan siapa penyanyi yang akan muncul untuk segmen pembukaan, tetapi apa yang boleh saya katakan, opening sangat istimewa pada tahun ini.
Pendekatan yang diberikan pada edisi kali ini sangat menarik. Apabila persembahan opening bermula pada malam itu, saya yakin penonton dan peminat muzik tanah air akan menghargainya.
Persembahan opening itu akan menggambarkan 40 tahun usia AJL. Boleh jadi finalis edisi sebelum ini menyanyikan lagu mereka sendiri dengan pendekatan baharu atau lagu mereka diberikan kepada penyanyi lain.
Nini berkata demikian ketika ditemui pada sidang media AJL40: First Look yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nini berkata pihak penganjur turut mengambil kira pandangan dan maklum balas peminat muzik tempatan yang mahu segmen pembukaan AJL memberi fokus sepenuhnya kepada karya tempatan.
Habis Buletin TV3 jangan berganjak depan TV, jangan terlepas segmen pembukaan sebab opening memang mega.
Pihak kami mengambil berat setiap teguran dan pendapat daripada pencinta muzik tanah air serta pengkritik. Tahun ini, sempena ulang tahun ke-40 AJL, semua lagu yang dipersembahkan adalah lagu tempatan.
AJL40 dijadual berlangsung pada 15 Oktober depan di Unifi Arena, Bukit Jalil dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 bermula pukul 9 malam.
Anugerah berprestij itu bakal dihoskan oleh gandingan Nazz Rahman dan Sissy Iman, manakala 10 lagu terbaik akan berentap bagi merebut gelaran Juara Lagu edisi ke-40.