Slot Akasia TV3 kembali dengan drama terbaharu berjudul Luruhnya Bunga Cinta.
Artikel Berkaitan: Drama ‘Tentang Hati Dia’ Lakonan Aliff Aziz & Trisha Ooi Sarat Dengan Mesej Positif
Artikel Berkaitan: Chemistry Aira & Hayyat Ni Memang Sweet Betul! Korang Wajib Tengok Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Ni!
Dari Korea ke Malaysia
Luruhnya Bunga Cinta merupakan naskhah yang diadaptasi dari k-drama popular dari Korea berjudul Autumn in My Heart yang mana penonton terpaksa bermain dengan banyak emosi dan perasaan.
Jika versi k-drama dibintangi Song Hye Kyo dan Song Seung Heon sebagai tunjang utama, Luruhnya Bunga Cinta bakal menampilkan aktres meningkat naik, Tracie Sinidol dan aktor Redza Rosli yang memegang watak utama sebagai Nuha dan Nuh.
Kedua-dua pelakon berbakat ini kelihatan begitu serasi apabila pertama kali digandingkan bersama dalam drama ini.
Luruhnya Bunga Cinta turut menampilkan beberapa watak baharu berbanding versi asal seperti Nabila Razali yang memegang watak sebagai, Sara.
Selain itu, turut menampilkan pelakon baharu yang sedang meningkat naik seperti Aniq Durar, Bella Luna, Auni Yusrii dan ramai lagi.
Lihat kepada barisan pelakon sahaja sudah membuat rasa teruja dan tidak sabar untuk menonton episod pertama Luruhnya Bunga Cinta nanti.
Anda rasa versi Malaysia mampu setanding atau lebih seronok berbanding versi asal? Pastinya perasaan marah, sedih, geram, terhibur bakal dirasai penonton.
Jangan lupa untuk layan drama Akasia, Luruhnya Bunga Cinta setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam hanya di TV3.
Sekiranya anda terlepas, jangan risau! Anda boleh saksikan semula di platform iQiyi semua episod secara percuma dan eksklusif di sini.