berita

Akaun IG Fatin Umaidah Semua ‘Fake’? Individu Tidak Bertanggungjawab Didakwa Curi & Guna Gambar Orang Lain

November 29th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Nama Fatin Umaidah iaitu wanita yang dipercayai merupakan isteri kedua pempengaruh, Alif Teega masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Artikel Berkaitan: Tular Akaun IG Isteri Kedua, Netizen Tak Puas Hati Alif Teega Backup Fatin Umaidah? – ‘Defender Dah Mai Dah..’

Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah Semuanya Dalam Keadaan Baik, Mohon Berikan Sedikit Ruang’ – Aisyah Hijanah

Curi dan guna gambar

Terbaharu, seorang wanita tampil di aplikasi X mendedahkan bahawa akaun Fatin Umaidah di Instagram adalah akaun palsu.

Menerusi hantaran di aplikasi X, wanita itu menyatakan pemilik akaun Instagram itu telah mencuri dan menggunakan gambar wanita secara rawak dan kawannya menjadi salah satu mangsa.

Sejak semua tengah naik pasal Fatin isteri kedua Alif tu. semua sedarkan Instagram Fatin yang mana. @/_fatinumaidah, Intsgaram tu akaun palsu ya. Tolong lapor akaun Instagram itu sebab dia dah guna gambar orang secara dan kawan saya salah seorang daripada orang itu.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut menggesa orang ramai untuk melaporkan akaun palsu tersebut dan meminta agar tidak menyerang rakannya kerana dia bukanlah Fatin yang sebenar.

Bukan itu sahaja, terdapat dua akaun palsu yang telah mencuri dan menggunakan gambar rakannya.

Nak minta tolong sangat-sangat untuk lapor akaun itu dan ‘unfollow’ sebab kawan saya tak pernah post dekat mana-mana sosial media gambar itu tapi ada kat situ. Jangan serang dia sebab bukan Fatin yang sebenar.

Ada satu lagi akaun ya @/fatinumaidah_ramli. Dua-dua pakai gambar kawan saya. Tolong laporkan.

Terdahulu, Alif dan isteri pertamanya Aisyah Hijanah memaklumkan tentang pernikahan kedua tersebut yang bertujuan untuk menghentikan semua spekulasi dan fitnah terhadap diri mereka dan keluarga.

Sumber: X

SKIP THIS AD ×