berita

Akaun Keek Izzue Islam Pula Digodam

October 10th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

izzue

Rasanya baru sahaja beberapa minggu lepas timbul kontroversi mengatakan Izzue Islam telah menipu duit peminat dengan menjual telefon bimbit di sebuah laman sosial.

Namun selepas Izzue memberi penjelasan, ternyata perkara itu tidak benar dan pelakon itu menyatakan seseorang telah membuat akaun Instagram palsu menggunakan namanya untuk menipu.

Malangnya semalam, Izzue sekali lagi menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab apabila akaun Keek miliknya pula digodam.

Screen Shot 2013-10-09 at 23.18.00

Screen Shot 2013-10-09 at 22.56.08

Nama profilnya telah ditukar kepada ‘akuhackersbodoh’. Manakala, segala video yang pernah dikongsikan oleh Izzue sebelum ini juga turut dipadam.

Untuk pengetahuan anda, isu akaun laman sosial digodam ini bukanlah satu perkara yang asing di kalangan artis tempatan.

Ada yang sekadar bergurau, namun yang tak seronoknya apabila terdapat kes penipuan dan penyebaran info palsu menyebabkan nama baik seseorang artis itu terjejas.

Apapun persoalannya kini, kenapa Izzue Islam sering menjadi sasaran orang yang tidak bertanggungjawab? Semoga perkara ini tidak menjadi lebih teruk hingga mengaibkan Izzue mahupun yang lain.

SKIP THIS AD ×