Sebelum ini kecoh isu penyanyi Janji Manismu, Aishah tidak berpuas hati dengan ganjaran hadiah kemenangan yang diterimanya di sebuah rancangan realiti. Penyanyi ini juga tidak berpuas hati apabila mendapati berlian yang diterimanya itu didakwa tiada nilai setelah dimaklumkan pemilik sebuah kedai barangan emas.
Bagaimanapun, persengketaan antara Aishah dan penaja utama program realiti itu sudah menemui jalan noktah apabila mediasi diselesaikan kedua-dua pihak dengan baik.
Mediasi berjaya diselesaikan dengan baik
Isu ini diselesaikan peguam yang mewakili Aishah telah berjaya menyelesaikan kes melalui mediasi diantara kedua-dua belah pihak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Mediasi berjaya diselesaikan dengan baik. Dalam erti kata lain tiada perbicaraan penuh akan berlangsung. Cuma terma-terma yang dipersetujui itu saya belum nak boleh dikongsi. Butiran selanjutnya akan dijelaskan kemudian.
Pihak Aishah dan Datuk Vida telah merekodkan penghakiman persetujuan di hadapan yang Arif.
Kekusutan bakal terjawab
Sementara itu, Aishah meluahkan rasa syukur apabila mendapatkan pembelaan yang adil demi memperjuangkan hak anak seni.
Takbir! Menusuk jiwaku. Allah, Allah, Allah, sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui perjalanan penuh berliku sebagai anak seni, dipuja dan dipuji.
Tak kurang dicaci maki. Namun, aku tetap aku. Tak pernah nak ambil jalan singkat atau mudah untuk berjaya. Akhirnya, boleh tidur lena selepas segala kekusutan bakal terjawab.
Ini perjuangan untuk semua anak seni. Semoga kerjaya kita diiktiraf sebagai satu kerjaya yang profesional dan bukan sewenang-wenangnya diperlekeh oleh sesiapa.
Sumber: mStar