berita

‘Akhirnya Doktor Sahkan Paha Anak Kecil Ini Patah Dua’ – Lagi Kes Kecuaian Pengasuh?

December 19th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Di zaman serba moden ini , kebanyakan pasangan suami isteri memilih untuk bekerja dan menyerahkan penjagaan anak mereka kepada pengasuh mahupun ibu bapa pasangan. Namun, jika pasangan memilih untuk menghantar anak mereka ke pusat asuhan, haruslah diteliti setiap aspek penjagaan yang disediakan. Perkara ini bertujuan untuk memastikan tiada perkara yang tidak diingini bakal berlaku kepada anak anda semasa berada di pusat asuhan.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Cekgu Jie apabila anak saudaranya yang baru berusia empat bulan dipercayai diperlakukan dengan kejam sehingga patah peha dan lebam-lebam. Difahamkan kejadian tersebut berlaku semasa bayi tersebut berada di rumah pengasuhnya.

Apa salah bayi itu?

Menurut Cekgu Jie, dia tak dapat bayangkan saat dan ketika bayi tersebut diperlakukan dengan kejam serta tidak berperikemanusiaan itu. Turut bermain difikiranya, apalah salah yang telah dilakukan oleh bayi yang baru mengenal dunia selama empat bulan itu?

KEJAMNYA ……

Disember 2017 USJ1

Anak sedara ambo baru saje berusia 4 BULAN tapi diperlakukan dengan penuh kejam sehingga LEBAM MUKA dan PATAH PAHA!

Tidak dapat dibayangkan apa yang dilalui oleh bayi ini sehingga patah paha. Apa salah bayi yang baru mengenal dunia 4 bulan????
Menangis dari petang sampai ke malam sehingga tiada suara.
Cuba merayu-rayu tanpa suara….
Cuba mengharapkan pertolongan umi dan abinya…
Sehingga kakinya membengkak kebiruan…
Akhirnya Dr sahkan paha anak kecil ini patah dua!
Azabnya ya Allahhhhh….

Mohon khidmat guaman ikhlas

Bayi tersebut kini berada di Hospital Shah Alam dan doktor mengesahkan bayi tersebut kemungkinan tidak dapat berjalan sempurna seperti kanak-kanak lain. Cekgu Jie juga memohon pertolongan kepada orang ramai yang mengenali individu yang boleh memberi khidmat guaman ikhlas untuk membawa isu ini ke muka pengadilan.

Mohon sahabat-sahabat semua mendoakan kesembuhan anak sdara ambo. Sihat seperti sedikala walaupun Doktor yang merawat bayi memberitahu kemungkinan bayi ini tidak boleh berjalan sempurna seperti kanak-kanak lain ???
Mohon doa semua ?

Mohon pertolongan sahabat yang kenal peguam yang boleh memberi khidmat ikhlas yang boleh membawa kes ini ke hadapan demi masa depan anak kecil yang tidak berdosa ini boleh hubungi ambo sendiri Cekgu Jie . Moga ada keadilan untuk mangsa.

Kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis. Diharapkan pihak polis dapat melakukan siasatan seadilnya dan mendakwa P yang tidak berhati perut ini!

Ingtan untuk ibu bapa di luar sana. Berhati-hatilah dengan pengasuh anak anda. Selidiklah pengasuh anak anda sebaik-baiknya. Berhati-hatilah dengan sandiwara baik dihadapan kita tapi di belakang dialah syaitan bertopengkan manusia.

#PRAYFORAFFAN

Sumber: Cekgu Jie

SKIP THIS AD ×