berita

Akhirnya Terjawab, Kiriman Kotak Biru Misteri Ini Bikin Kami Enjoy Momen Paling Epik!

September 30th, 2019 | by Asyraf Khalib
Kini Trending

Sebelum ini, kami di OHBULAN! ada menyiarkan satu artikel tentang sebuah kotak misteri bewarna biru yang dihantar ke office kami tanpa sebarang alamat atau nama pengirim. Hanya hashtag #todayiwil dicetak kemas pada kotak tersebut.

Artikel Berkaitan: Kiriman Kotak Misteri Ini Bikin Satu Office OHBULAN! Riuh & Kami Tak Tahu Siapa Pengirimnya

Macam yang kami beritahu sebelum ini, dalam kotak tu hanya ada beberapa kepingan nota dan plaque lutsinar. Selepas ia digabungkan, maka tertera pula tarikh, masa dan lokasi. Pendek kata, kami sebenarnya dijemput ke suatu event rahsia wei.

Pada hari kejadian, wakil OHBULAN! pun menuju ke lokasi yang dimaksudkan iaitu di Menara Ken yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Memandangkan Menara Ken tu nampak macam bangunan milik syarikat perniagaan yang gah, jadi kami sangkakan ada sidang media atau workshop lah dekat sana.

Tapi bila masuk je dekat dalam, apa yang kami lihat hanya puluhan tetamu undangan yang masing-masing sibuk dengan kamera. Ada juga instafamous dan beberapa orang influencers lain kat situ tau. Ini bermakna tak ada sidang media!

Tak lama lepas tu tiba-tiba nama kami dipanggil. Rupa-rupanya Menara Ken hanya tempat pertemuan je. Kami dimaklumkan akan dibawa menaiki kenderaan penganjur ke satu lagi lokasi yang lain. Dan guys, ia masih lagi rahsia. Haha.

Perjalanan bermula…

Berdebar dan banyak teka teki mula muncul dalam fikiran kami waktu tu. Apa yang pasti, pemandu yang ditugaskan untuk bawa kami hanya maklumkan lokasi yang dituju adalah rahsia. Ya, relaks guys rahsia lagi!

Dalam perjalanan tu, admin dapat agak kami akan dibawa ke Litar Antarabangsa Formula 1, Sepang. Yelah, jalan pun memang familiar. Tapi… sangkaan admin macam salah jugak kali ni sebab kenderaan kami tiba-tiba melencong ke suatu simpang lain dan berhenti di stesen minyak berhampiran.

Pemandu dah perasan yang kami mula nampak risau dan resah. So, beliau cuba menenangkan kami dan asyik beritahu…

“Sabar… ada suprise!”

Lebih kurang 15 minit berlalu, kenderaan kami pun bergerak lagi. Dan ya, akhirnya kami tiba di lokasi rahsia tu.

Deruan enjin sambut ketibaan kami

Tiba saja di sana, deruan dan ngauman enjin kereta berkuasa tinggi menyambut ketibaan kami. Guess what? Kami memang betul-betul sampai di Litar Antarabangsa Formula 1, Sepang!

Admin memang excited tapi masih lagi dalam mod tertanya-tanya agenda event ni. Kami kemudiannya dibawa oleh pihak penganjur untuk ke meja pendaftaran. Setelah itu kami dibenarkan masuk ke litar lumba.

“Wow!”

Kalau korang nak tau, dekat depan admin masa tu ada 5 buah kereta mewah McLaren yang tertera logo Glo. Memang excited habis wei. Paling best bila kami dibenarkan untuk ambil gambar dan duduk di dalam kenderaan tersebut.

Kami difahamkan kesemua 5 buah kereta tersebut ialah McLaren 675LT dengan 666 horsepower dan mampu mencapai kelajuan maksima 330km/jam. Dan kenderaan ini adalah antara yang paling ringan dikeluarkan oleh syarikat berkenaan. Fuh! memang power habis.

Inilah saat yang diimpikan

Tak cukup dengan tu, semua tetamu mula menjerit teruja apabila kami dimaklumkan akan dibawa menaiki kenderaan McLaren oleh pemandu terlatih.

Bagi mana-mana individu yang tidak berani untuk mencuba supercars, mereka dibawa menaiki kenderaan go-kart di litar lebih kecil dan ada juga pilihan aktiviti santai iaitu menaiki belon udara panas sambil menikmati pemandangan litar Sepang daripada udara.

Menariknya, beberapa orang tetamu terpilih juga berpeluang menaiki helikopter dan mereka dibawa terbang ke litar antarabangsa.

McLaren dan adrenalin…

Ya, admin pilih McLaren! Sampai je giliran admin, berdebar, berpeluh semua ada wei. Korang bayangkanlah macam mana perasaan admin bila pemandu mula menekan pedal minyak.

Kereta mewah berkuasa tinggi bernilai RM1.44 juta mula meluncur laju melalui litar dan pada waktu tu kelajuan mula mencecah 25okm/jam.

Admin memang tersandar dan serius tergamam. Nak menjerit pun terasa hilang suara. Apa yang admin tahu, admin kena cari tempat berpaut sebab kereta kami mula mengambil selekoh tajam pada kelajuan 100km/jam. Menggeletar habis wei!

Sepanjang berada dalam kereta, pemandangan sekeliling langsung tak jelas sebab ia bergerak pada kelajuan sangat tinggi. Pendek kata memang mengucap panjang la admin.

Keluar saja daripada kereta, jantung admin berdegup sangat kencang, kepala pening dan terasa mual. Badan pun rasa ringan wei sampai tak boleh nak melangkah dibuatnya. Hehe. Overall admin suka dan sangat suka!

Ini event paling epik!

Matahari mula menghilangkan diri dan hari kian gelap. Kami dihidangkan dengan minuman dan jamuan ringan sebelum pulang. Apa yang pasti, event ini adalah yang paling epik pernah kami kunjungi.

Dan kami difahamkan OHBULAN! bakal diundang ke satu lagi event Formula 1 di Singapura nanti. Excited wei! So, kalau korang nak tahu apa pulak yang jadi selepas ini.

Tunggu update dari OHBULAN! dan jangan lupa follow glo_Malaysia untuk perkembangan terkini tentang event gempak mereka yang akan datang!

 

 

 

 

 

 

SKIP THIS AD ×