berita

Akibat Pandemik Covid-19, Tony Fernandes Terpaksa Jual Rumah Mewah Bernilai RM13 Juta Di Scotland

November 20th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pengasas penerbangan AirAsia iaitu Tan Sri Tony Fernandes membuat keputusan untuk menjual sebuah kediaman mewahnya yang terletak di Ayrshire, Scotland. Rumah agam tersebut dijual dengan harga kira-kira bernilai 2.5 juta Pound bersamaan RM13.55 juta.

Memetik laporan The Sun, dia terpaksa menjual rumah tersebut akibat terkesan daripada pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia dan bagi menyelamatkan empayar perniagaannya.

Seluas 125 ekar

Menurut sumber, pengasas syarikat penerbangan tambang murah itu pernah tinggal di Skeldon House di Dalrymple, Ayrshire selama tujuh tahun. Rumah agam tersebut memiliki keluasan 125 ekar, mempunyai lima buah bilik beserta bilik simpanan wain, gimnasium, sauna dan gelanggang tenis.

Terletak di kawasan terpencil

Rumah agam tersebut merupakan salah sebuah rumah yang indah terdapat di kawasan terpencil di dan peribadi di luar bandar Ayrshire. Menurut sebuat laman sesawang hartanah iaitu Savills, mengatakan penjualan hartanah itu merangkumi tiga kediaman termasuk Skeldon House, Castle Cottage dan The Coach House.

Antara individu terkaya

Tony Fernandes sebelum ini pernah tersenarai dalam salah seorang individu yang terkaya di Malaysia. Malah, pada bulan Mac lalu, dia berada pada ranking nombor 41 di dalam Forbes Malaysia Rich 2020 dan pernah memiliki kekayaan sebanyak AS335 juta.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×