berita

Akibat Percaya 5 Pengamal Tradisional Buang Saka, Lelaki Ini Maut Ditumbuk & Dipijak

April 28th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Seorang lelaki menemui ajal akibat parah pada tubuh badan selepas mendapatkan rawatan membuang saka daripada pengamal perubatan tradisional. Seramai 5 pengamal tradisional didakwa menjalani upacara itu dan menyebabkan kematian mangsa.

Organ dalaman pecah

Menurut myMetro, mangsa mengalami kecederaan serius serta bengkak pada tubuh. Mangsa didakwa mengalami gangguan makhluk halus sejak lebih setahun dan sudah banyak kali menjalani rawatan tradisional dengan ramai pengamal perubatan.

Malangnya, tindakan ‘berubat’ dengan tiga lelaki dan dua wanita mengaku sebagai pengamal perubatan tradisional sejak tiga hari lalu telah berakhir tragedi. Mangsa dilaporkan mengalami pendarahan dalaman serius termasuk organ dalaman pecah.

Mangsa tidak mengadu sakit

Hal demikian kerana mangsa didakwa ditumbuk, ditendang dan dipijak yang dikatakan sebagai kaedah rawatan membuang saka dalam badan. Sepanjang rawatan, mangsa tidak mengadu sakit sebaliknya hanya mengikuti kaedah rawatan berkenaan. Walaubagaimanapun, mangsa tiba-tiba tidak sedarkan diri pada hari ketiga rawatan dan dikejarkan ke Hospital Serdang.

Kami hanya mengetahui mangsa sudah meninggal dunia sebaik dimaklumkan oleh kakaknya yang membawanya ke Jabatan Kecemasan Hospital Serdang, pagi semalam. Malah, petang semalam juga jenazah mangsa dibawa pulang ke Changkat Tin, Batu Gajah, Perak serta dikebumikan di sana.

Pegawai perubatan membuat laporan polis berikutan wujudnya unsur kecederaan yang disengajakan menjadi punca kematian pemuda itu.

Bertindak atas laporan itu, kita menahan empat lelaki termasuk abang ipar mangsa dan dua wanita yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu. Semua suspek yang ditahan semalam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: myMetro

SKIP THIS AD ×