berita

Akim Ahmad Fikirkan Stacy Semasa Cipta Lagu ‘Kembali’?

July 4th, 2012 | by M
Kini Trending

Biarpun sekadar menduduki tempat ketiga dalam Akademi Fantasia Musim Ke-7, persona Akim sebagai penghibur tanah air tidak wajar dipandang enteng. Walaupun industri hiburan tempatan dibanjiri dengan kehadiran orang baru, namun keteguhan tapak yang dibina oleh Akim seakan sukar untuk digoyahkan. Tidak hanya bergelar penyanyi, Akim juga mempunyai kebolehan dalam penulisan lirik, penggubah lagu dan penghibur yang berbakat. Itu lah pakej yang seharusnya ada dalam setiap penyanyi untuk berjaya!

Yang terbaru, Akim mengorak langkah lebih besar apabila muncul dengan album solo berjudul ‘Akim Ahmad’. Album ini mengandungi 10 buah lagu yang terdiri daripada tujuh buah lagu baru. Sebagai bonus, 3 buah lagu single pop diberikan nafas baru dengan suntikan gitar akustik. Paling menarik empat daripada 10 lagu dalam album ini adalah nukilan asal Akim sepenuhnya. Lebih manis, Akim turut mengundang Fiq dan Stacy untuk menyumbang suara dan berduet dalam albumnya.

Akim atau Afiq Hakim Bin Ahmad, 21 berkata, “Saya mendapat inspirasi daripada hati dalam menghasilkan album ini dan besar harapan saya agar peminat dapat merasai apa yang ingin saya sampaikan ikhlas dari lubuk hati ini.”

Diusik oleh wartawan mengenai lagu Kembali (duet bersama Stacy), Akim membalas seloroh,”Saya tidak fikirkan Stacy atau mana-mana wanita semasa mencipta lagu ini. Cuma, saya memilih Stacy sebagai teman duet kerana tak ramai yang tahu bahawa dia mempunyai keupayaan yang baik dalam membawa lagu balada.”

Bakat Akim dapat dilihat melalui single pertamanya, Bengang yang berjaya menduduki carta radio selama 40 minggu dan menjadi juara untuk 12 minggu berturut-turut di sebuah stesen radio. Selain itu, Akim juga pernah dinobatkan oleh Hotlink sebagai Artis Dengan Muat Turun Tertinggi semasa Anugerah Juara Lagu Ke-24. Lagu ciptaanya, Inilah Cinta dan Janji turut mendapat pemintaan yang tinggi daripada peminat sehingga berjaya ke pusingan separuh akhir AJL Ke-26.

Dan yang terbaru, persembahan Akim di program Mania 2012 menerusi lagu Hey Jude telah meletakkan penyanyi ini menjadi top 10 trending di Twitter Malaysia.

Secara keseluruhannya, album Akim mendapat 4/5 markah daripada OHBULAN!

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×