berita

Akim Ahmad Gemuruh, Bukan Lalok

December 2nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Hafiz-Friends-Live-Showcase-Press-Conference-33

Ingat lagi tak semalam kami ada menulis mengenai penyanyi popular yang gagal menempatkan diri ke Anugerah Juara Lagu (AJL29) kerana penyalahgunaan barang terlarang?

Artikel Berkaitan: Penyanyi Popular Tak Terpilih Ke Final Juara Lagu (AJL29) Kerana Lalok?

Hmm, ramai pula yang membuat spekulasi sendiri. Malah, secara tiba-tiba nama penyanyi kacak, Akim Ahmad pula dikaitkan dengan kontroversi ini kerana kononnya gerak-geri dan nyanyian Akim di pentas kelihatan tidak teratur.

Menurut laporan Harian Metro, Akim menafikan dia lalok dan menegaskan persembahannya malam itu mengecewakan kerana perasaan gemuruh.

Hafiz-Friends-Live-Showcase-Press-Conference-35

Sudah-sudahlah memfitnah saya. Janganlah mudah menghukum disebabkan karakter, gaya atau cara saya buat persembahan malam itu yang disalah ertikan. Tak bolehlah menilai saya hanya berdasarkan satu persembahan saja.

Saya terkilanlah orang cakap disebabkan saya lalok persembahan dalam MM29 jadi teruk dan gagal layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) nanti. Saya dan kumpulan The Magistrate bertanding malam itu jadi takkanlah saya nak buat macam itu pula?

Kalau saya ‘lalok’ takkanlah saya boleh buat persembahan di pentas. Mungkin ada pihak salah anggap melihat cara nyanyian saya yang kurang memuaskan itu disebabkan ‘lalok’ sedangkan saya terlalu gemuruh dan tertekan sebenarnya.

Itulah serba sedikit luahan hati Akim yang kecewa apabila dituduh menggunakan dadah ketika mempersembahkan lagu ‘Mewangi’ di separuh akhir Muzik-Muzik kelmarin.Mungkin dah tak ada rezeki Akim nak ke AJL29 tahun ini.

Sabarlah Akim, cuba lagi tahun depan ya? Untuk korang, jom kita imbas sikit persembahan Akim minggu lalu. Enjoy!

SKIP THIS AD ×