berita

‘Akim Akan Kirimkan Apa Sahaja Untuk Ibu’

May 6th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Ibu kepada penyanyi popular Akim Ahmad dikhabarkan telah sakit tempoh hari. Jumaat lalu, penyanyi ini berkongsi berita sedih ini di laman Instagram dan meminta doa dari peminat atas kesejahteraan ibunya.

Aminah Bahari disahkan meninggal dunia pada 8.00 malam tadi di Hospital Kajang. Berita duka itu dikongsi Akim di laman Instagram miliknya, semalam.

Berehatlah ibu

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Innalillahiwa inna ilaihi roji’un.
Dukacita saya ingin maklum ibu saya Aminah bt Bahari telah kembali ke rahamtullah sebentar tadi. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah.
Amin yarabbal alamin.
Ibu tenang ye kat sana, inshaAllah akim akan kirimkan apa sahaja untuk ibu. Ibu rehat ye…

Menurut Metro Online, pembantu peribadi Stacy ketika dihubungi berkata jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Lenggeng, Negeri Sembilan pada malam tadi.

Sebelum ini Akim pulang ke kampung Stacy di Kota Kinabalu, namun dia bergegas pulang kelmarin selepas mendapat khabar ibunya tidak sihat. Stacy pula pulang ke Kuala Lumpur semalam sebelum memaklumkan berita duka ini malam tadi. Difahamkan, arwah meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.

Al-fatihah.

Sumber: myMetro

SKIP THIS AD ×