berita

Aksi Berani Sharifah Amani Dalam ‘Redemption Night’

May 20th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

sharifah

Jika sebelum ni ada berita mengenai Sharifah Amani menjalani sesi penggambaran filem terbitan produksi dari Jepun, baru-baru ini keluar pula cerita pasal aksi berani Amani dalam filem itu.

Filem arahan Hasoi Takato yang menjalani penggambaran di Malaysia itu menampilkan Amani melakonkan watak pelacur di samping beberapa lagi aktor Malaysia seperti Bront Palarae dan Azman Hassan Sharon Chong.

Screen Shot 2013-05-19 at 22.38.57

Sharifah Amani sebagai pelacur

Filem yang berjudul ‘Redemption Night’ itu mengisahkan tentang perjalanan dua orang lelaki dari Jepun yang datang ke Malaysia untuk melunaskan misi masing-masing tetapi akhirnya memerlukan antara satu sama lain.

Melalui trailer ‘Redemption Night’ yang telah dikeluarkan di YouTube, dapat dilihat Amani sangat berkarakter membawakan watak gadis pelacur. Tak dapat disangkal lagi, Amani memang seorang pelakon yang hebat dan berani membawakan watak-watak yang bukan tipikal.

Screen Shot 2013-05-19 at 22.40.56

Bront Palarae juga turut terlibat

Kami sendiri tidak pasti sama ada filem itu akan ditayangkan di Malaysia ataupun tidak kerana belum ada kepastian mengenai hal itu. Tapi seronok juga kalau peminat-peminat filem di Malaysia dapat tonton filem hebat ni jugak kan?

Sementara tu, jom layan dulu trailer ‘Redemption Night’ di bawah.

SKIP THIS AD ×