Gambar sekadar hiasan
Hello semua warganet, sihat ke tu? Orang kata bangun pagi kena ambil sarapan kan, barulah bertenaga. Tapi Min tak ada selera sangat lah lepas dengar satu berita kurang enak mengenai seorang aktres dan aktor popular ini.
Artikel Berkaitan: Penyanyi Lelaki Popular Kantoi Di Kelab Malam, Didakwa Bercium Ghairah Dengan Wanita Seksi?
Artikel Berkaitan: ‘Babak Bercium Dengan Bayaran Mahal? Saya Tak Gila Nak Terima!’ – Syaffiq Sahli
Pelakon kantoi bercium?
Masa Min dapat berita ini terus mengucap panjang ya, terkejut dan tak sangka betul. Menurut sumber yang Min terima, ada aktres dan aktor popular didakwa kantoi bercium di kelab malam.
Sumber mendakwa, mereka ternampak aksi tidak senonoh itu di sebuah kelab malam terkenal di ibu kota. Kelab mana itu? Rahsia …
Apa yang Min tahu, kedua pelakon itu sedang menjalani penggambaran bersama. Dalam masa sama, aktres itu masih fasa ‘healing.’
Dakwa sumber itu lagi, bukan seorang dua yang nampak aksi terbabit, tetapi ramai lagi yang menjadi saksi.
Dakwanya kejadian berlaku minggu lalu, hari Khamis. Eh, tapi tak silap Min Hari Kemerdekaan ke-66 kan? Maknanya mereka tengah merdeka ke macam mana?
Min pun tak nak la tuduh tapi sumber mendakwa mereka ada bukti dalam bentuk video. Oleh itu sama-sama la kita nantikan ya, sejauh manakah kesahihan dakwaan terbabit.
Apa pun, Min harap itu hanya khabar angin sahaja. Sebab Min tahu aktres dan aktor terbabit baik orangnya. Satu pesanan Min, setiap orang tak lari daripada buat kesilapan kan.
Eh kejap, Min nak tanya la korang, kalau dekat KL ni makan cendol dekat mana ye sedap? Cuba bagi cadangan sikit.