berita

‘Aku Bagi Kucupan Di Dahi, Tatap Kau Untuk Terakhir Kali…’ – Plan Mahu Lepak Long Weekend, Sekali…

September 9th, 2018 | by faris
Kini Trending

Selain keluarga, rakan-rakan adalah insan penting dalam kehidupan seorang insan. Tidak semua perkara dapat dikongsikan dengan ahli keluarga, jadi pada rakan-rakanlah kita meluahkan segalanya sehinggakan ikatan menjadi seakan darah daging sendiri.

2 sekawan meluahkan rasa sedih berhadapan kehilangan teman yang amat rapat dengan mereka. Perkongsian itu dibuat di Twitter dan turut mengundang simpati netizen.

Moga syurga buatmu

Lelaki yang baru kehilangan rakannya itu, Amir Azlan mendoakan arwah rakannya, Muhammad Khir bin Kasim ditempatkan di syurga setelah pemergiannya. Dia juga menceritkan kenangan manis dengan arwah ketika sama-sama menempuhi zaman persekolahan suatu ketika dulu.

‘Aku rindu kau’

Amir bagaimanapun turut berbahagia kerana sempat mengusung jenazah arwah dan melihatnya untuk kali terakhir. Dia juga sempat mengucup jenazah untuk kali terakhir sehinggalah selesai proses pengebumian.

Pemergianmu satu kejutan

Seorang lagi rakan arwah turut meluahkan rasa sedihnya di Twitter. Hakim Hafidz tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya apabila menerima berita pemergian rakannya itu. Tambahnya, mereka sudah merancang untuk bertemu dan melepak ketika hujung minggu panjang ini namun kelmarin adalah detik terakhir mereka bertemu.

Wajah jenazah arwah yang tenang membuatkan Hakim lega kerana arwah sudah banyak membahagiakan ramai orang disekelilingnya.

Maut di tempat kejadian

Menurut laporan Kosmo Online, Muhammad Khir maut manakala rakannya cedera apabila kereta dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pokok di kilometer 244.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pada pagi Sabtu.

Dalam kejadian pukul 8.40 pagi berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi itu, pemandu kereta berusia 19 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera teruk pada kepala. Rakannya pula mengalami kecederaan pada kedua-dua tangan dan kaki.

Sumber: Amir Azlan, Hakim Hafidz, Kosmo Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×