Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai personaliti media sosial terkenal di Indonesia iaitu Mimi Peri yang dikatakan sedang terlantar sakit dan terdapat juga dakwaan yang mengatakan dia telah meninggal dunia.
Semua berita itu tidak benar
Foto: wowkaren.com
Malah, menerusi laporan media tempatan juga melaporkan personaliti terkenal itu didakwa tidak mempunyai selera makan, mengalami sakit badan dan berada dalam keadaan lemah terbaring. Difahamkan, Mimi Peri atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani sudah menjalani rawatan namun, penyakitnya itu masih berlarutan hampir seminggu.
Terbaharu, Mimi Peri menerusi postingnya di Instagram menafikan dakwaan-dakwaan tersebut yang mengatakan dia sedang sakit. Pada masa yang sama, dia juga menjelaskan keadaan kesihatannya yang sebenar dan akan terus menyajikan video-video lucu buat para peminat.
Assalamualaikum, aku Mimi Peri. Alhamdulillah sudah sembuh. Berita-berita di dunia maya, di media online banyak media mengkhabarkan aku meninggal dunia, aku sakit keras atau sakit parah itu tidak benar. Banyak teman-teman yang menelefon dan meminta klasifikasi. Alhamdulillah, aku masih sihat. Memang aku sakit cuma aku sudah sembuh dari beberapa hari yang lalu tapi masih belum bisa buat content video lucu untuk kalian.
‘Aku belum mati ko’
View this post on Instagram
Sumber: Mimi Peri, Tribun Medan