berita

“Aku Berharap Penangkapan Ini Mengurangkan Dosa Kita Semua” – Erma Fatima

July 4th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Ramai yang terkejut apabila dimaklumkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 3 petang, semalam, di kediamannya. Menurut Metro Online, bekas Perdana Menteri itu akan didakwa atas lebih 10 pertuduhan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan: Confirm! Najib Razak Kena Tahan

Pengarah Erma Fatima melontarkan pandangan peribadi menerusi posting di Instagram berkenaan isu penahanan bekas Perdana Menteri ini. Malah, dia berharap netizen berhenti memperlekehkan dan menghina Datuk Seri Najib Razak.

Air mata aku menitis kerana ini…

Airmata aku menitis tak pasal-pasal mlm ni. SEBAK kerana sekian lama aku menunggu saat ini. KERANA jiwa aku makin sakit melihat BANGSA aku berbalah antara satu sama lain..mungkin kalian boleh mengatakan aku BIADAB kerana seolah berharap pd penangkapan ini. Silakan! Aku BERHARAP penangkapan ini akn mengurangkan dosa kita semua. Dosa kita yg selama ini hidup di dalam teka teki…spekulasi demi spekulasi sendiri.. hari ini kita tdk perlu lagi berteka teki. Sejahat mana pun beliau…tercatat di dlm sejarah beliau lh yg pernah memimpin negara kita satu ketika dulu. Kita tk mampu memadam sejarah.

Walaupun perit utk d lalui oleh keluarga DSN dan penyokong BN namun aku berharap disinilah berakhirnya segala fitnah memfitnah..tuduh menuduh..hina menghina…maki bermaki…dendam berdendam..dan segala macam mak nenek spekulasi kita kpd beliau. Saat ini akan menjadi saat bersejarah buat negara kita…saat yg bakal membuka mata seluruh rakyat dan pemimpin negara yg lain tanpa mengira parti politik..Aku hanya mampu berdoa agar Allah tunjukanlah KEBENARAN kpd kami semua…..KEBENARAN YG ADIL DAN SAKSAMA…KEBENARAN yg bakal MEMBUKA MATA RAKYAT! KEBENARAN itulah dariMU Ya Allah.

Hentikanlah memperlekehkan dia

Sy mohon kpd sahabat2 semua…Hentikanlah memperlekeh dan menghina beliau. Itu bukan budaya kita…biarkan undang2 menentukan segalanya. Sy percaya atas izin Allah PENANGKAPAN ini akan MEMBUKA SEGALA KEBENARANNYA…sy berkata kata bukan atas nama Barisan Nasional , UMNO, Pakatan Pas atau parti apa pun. Sy berkata-kata sebagai seorang MANUSIA kepada MANUSIA lain.

Ampun dan Maaf dari sy wahai BANGSA ku yg ku kasihi… BILA KAU ADA SAHABAT YG MELAKUKAN KHILAF..
MAKA GENGGAMLAH TANGANNYA ERAT2 DAN TEGURLAH SEGALA KEKHILAFANNYA…
ALLAH TELAH MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN BUAT SESEORANG YG BERKASIH SAYANG SESAMA SAUDARA KERANA-NYA.

Sumber: Erma Fatima

SKIP THIS AD ×