Semalam, video pelawak Shuk Sahar berada di sebuah mahkamah dengan peguam mencuri perhatian ramai orang kerana rata-rata tahu pergolakan rumah tangganya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.
Artikel Berkaitan: ‘Penat Tidur Dengan Hati Kecewa’ – Isteri Shuk Sahar
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Nafi Sudah Kahwin Dengan Fara Salleh
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Hadir Ke Mahkamah, Beri Bayangan Jodoh Dengan Isteri Tidak Berpanjangan
Kita ‘move on’
@rossa.sera Tq , sy akan slu doakan dan support awak !! Kerja kuat2 untuk anak2 kita ok? Please kuat n kita sama2 move on ????? #fyp ? suara asli – •?????
Selang beberapa jam, Rossalennah atau lebih mesra disapa Sera turut memuat naik sebuah rakaman video di TikTok dengan meminta agar pengacara berumur 36 tahun itu menjaga diri.
Selain itu, Sera juga berkongsi paparan skrin (screenshot) yang memaparkan pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar memohon agar diberi peluang untuk berubah ke arah lebih baik.
Saya tengah nak berubah. Saya nak jadi orang baik. Saya janji tak akan kahwin. Saya tengah usahakan. Untuk saya nak balik.
Saya akan bagi awak dan anak-anak senang. Awak tak tahu apa saya lalui. Saya sakit. Saya sunyi. Kalau saya tak kuat.
Demi Allah, Lillahi Ta’ala bahagia saya memang awak. Cuma saya bodoh tertipu dengan bahagia yang palsu. Saya minta maaf.
Ibu kepada dua cahaya mata ini membalas; ‘Berubah la Shukri. Aku tak pernah melarang. Aku sampai hari ini selalu nasihat dan menyokong kau pun.’
Tawar hati isteri
Di ruangan komen, warganet mengingatkan Sera untuk tidak termakan dengan pujuk rayu Shuk yang sudah beberapa kali kantoi curang.
Di samping itu, pengikut juga mendoakan agar urusan Sera dipermudahkan dan satu hari nanti akan menemui cinta sejati.
Sebelum ini, Sera pernah mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November lalu.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.
Sumber: TikTok @rossa.sera