Menjalin hubungan jarak jauh (PJJ) bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Jika masing-masing tidak kawal perasaan dan iman, pasti rumah tangga yang dibina boleh musnah sekelip mata.
Di aplikasi X, seorang suami berkongsi kisah sedih mengenai kisah rumah tangganya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 3 Kali Curang Dengan Bekas Isteri, Satria Mahathir Bangga Pernah Tidur Dengan 28 Wanita
Artikel Berkaitan: Skandal Dengan Ibu Pelajar, Pak Ustaz Selamba Ceraikan Isteri – ‘Dia Lembut & Ceria, Isteri Saya Garang’
Hantar video bogel
Menerusi satu luahan yang dikongsikan, si suami yang bekerja dalam bidang perkapalan terpaksa berjauhan dengan isterinya, dan hanya pulang ke rumah sekali dalam tempoh empat atau lima bulan. Memandangkan tidak selalu berjumpa, si suami mula menyedari sesuatu mengenai isterinya ketika pulang bercuti, baru-baru ini.
Saya kerja kapal balik empat ke lima bulan sekali. Dua hari lepas aku nampak dia hantar video bogel kepada bos dia dekat Telegram. Sedihnya apabila aku baca chat mereka dah ro*en. Aku kerja macam nak mati, ini yang aku dapat.
Lebih menyedihkan, si suami turut mendakwa isterinya juga pernah terlanjur dengan majikan itu. Ujar si suami lagi, dia tidak menyangka isterinya sanggup berkelakuan curang sedangkan selama ini nafkah yang diberikan hampir mencecah lima angka setiap bulan.
Sebulan nafkah, saya bagi RM8,000.
Tambah lelaki berkenaan, dia sedang berfikir ntuk menceraikan isterinya.
Saya fikir nak cerai je ni. Apa salah saya? Pertama kali saya ‘koyak’ macam ni. Duduk laut berbulan tapi bini kau ro*en dengan lelaki lain.
Sumber: X