berita

Skandal Dengan Ibu Pelajar, Pak Ustaz Selamba Ceraikan Isteri – ‘Dia Lembut & Ceria, Isteri Saya Garang’

September 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

ustaz skandal

Gambar sekadar hiasan

Seorang individu mendedahkan kisah skandal antara guru dengan ibu kepada seorang pelajarnya sendiri sehingga berlakunya perceraian.

Artikel Berkaitan: Isteri Tergamak Tekup Suami Sampai Mati, Semata Nak Teruskan Skandal Dengan Sepupu

Artikel Berkaitan: Isteri Dalam Pantang, Suami Kantoi Curang..Rupanya Penyondol Selalu Datang Rumah

Isteri garang

ustaz skandal

Gambar sekadar hiasan

Menerusi hantaran Sharifah Zahidah di Facebook (FB), hubungan terlarang itu bermula ketika ibu kepada pelajar berkenaan sering berbalas mesej bersama guru yang bergelar ustaz tersebut.

Bermula dengan sekadar mesej bertanya pendapat dan meminta nasihat, akhirnya apa yang terjadi? Berkasih sayang dan bersikap curang terhadap pasangan masing-masing yang setia dan percaya.

Setelah hubungan tersebut terbongkar oleh suami wanita itu, ustaz berkenaan akhirnya mengakui bahawa mereka saling mencintai.

Lebih parah lagi, ustaz tersebut menyatakan bahawa dia jatuh hati terhadap wanita itu kerana sifat lemah lembutnya sama sekali berbeza dengan isterinya yang garang.

Sebab dia lembut. Selalu ceria dan positif. Isteri saya di rumah tak macam ni..

Lembut yang dimaksudkan adalah manja kerana wanita ini suka melentokkan suara dan intonasinya. Saya sendiri dengar rakaman suaranya.

Bagaimanapun, mereka akhirnya nekad bercerai dengan pasangan masing-masing setelah kemaruk bercinta.

Tak cukup beri nafkah

ustaz skandal

Gambar sekadar hiasan

Paling mengejutkan, bekas isteri kepada ustaz tersebut mendedahkan bahawa lelaki itu gagal memberikan nafkah yang cukup malah dia pula terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Penat dibebani segalanya, sehingga manja dan senyumnya juga sirna. Rumah tangga sendiri sudah cukup bermasalah, suami lebih sibuk dengar wanita lain punya masalah?

Sudahlah diri tak mampu dan dibantu isteri. Boleh pula dia dengan mudah cair dengan kemanjaan seorang wanita jauh lebih tua yang sedang sunyi hati kerana suami yang sibuk bekerja dan berusaha menafkahi?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyelar perbuatan mereka dan dalam masa yang sama menitipkan nasihat agar setiap pasangan perlu sentiasa menjaga maruah serta batasan dalam perhubungan.

Sumber: Facebook Sharifah Zahidah

SKIP THIS AD ×