berita

‘Aku Rela Habis Duit Untuk Santau Kau’ – Syafie Naswip Terima Ugutan Menerusi DM

November 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa kecewa apabila masih ada segelintir individu tidak bertanggungjawab membuat gangguan seksual terhadapnya.

Artikel berkaitan: ‘Tengok Ayda Tau Dah’ – Ayda Jebat Diganggu Lelaki Gila Seks, Tunang ‘Tag’ SKMM

Terbaru, pelakon, Syafie Naswip turut mengalami nasib yang sama apabila ada individu menghantar kiriman berbaur ugutan terhadapnya menerusi direct message (DM). Lebih menakutkan, pelakon Nur Kasih ini tidak mengenali individu yang menghantar kiriman tersebut.

Aku rela habis duit

Motif? Hahaha kenal kau pun tidak. Makin hari manusia semakin menakutkan.

Menurut Syafie, dia tidak mengenali individu yang menghantar dm berbaur ugutan tersebut. Tambahnya, manusia pada masa kini semakin menakutkan. Menerusi perkongsian Syafie, individu tersebut akan mengupah bomoh untuk santau dirinya. Malah, individu tersebut akan cari cara yang lebih berkesan seandainya cara bomoh tidak boleh.

Boleh report polis

Rata-rata rakan artis dan netizen memohon Syafie untuk menjaga diri. Tambah netizen, pelakon tersebut perlu membuat laporan polis kerana dm dia yang diterima berunsur ugutan.

Sumber: Syafie Naswip

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×