berita

‘Aku Sengaja Tidur Rumah Kakak Sebab Nak Tengok Suami Dia’ – Individu Mengaku ‘Tersuka’ Abang Ipar Sendiri

October 11th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Sudah menjadi lumrah, setiap individu pasti mempunyai perasaan suka dan sayang terhadap seseorang. Tetapi kali ini berbeza pula dengan kisah yang dilalui individu ini apabila dia mengaku telah menaruh harapan terhadap abang iparnya sendiri.

Tersuka abang ipar

Sekadar gambar hiasan

Kisah itu diceritakan oleh seorang wanita menerusi satu pesanan ringkas kepada seorang individu sebelum ianya dikongsikan semula di Twitter. Dalam mesej yang dikongsikan, wanita ini mengakui menyukai abang iparnya. Dia turut menyifatkan abang iparnya itu sebagai seorang lelaki dan suami yang sangat ‘sempurna’ di matanya.

Ceritanya aku crush kat abg ipar sendiri huhuhu. Tapi abg ipar aku tak tahu. Even maybe tak terfikir benda tu. Dia perfect husband ever min. The way dia bergurau dengan akak aku pun aku jealous.

Bukan itu sahaja, wanita ini mendakwa kadangkala dia sanggup untuk datang tidur di rumah kakaknya semata-mata ingin melihat abang iparnya itu. Lebih mengejutkan apabila wanita ini mendedahkan bahawa dia pernah berpura-pura sakit hanya kerana ingin diurut abang iparnya namun tidak diendahkan.

Kadang tu aku sengaja je datang tidur rumah akak aku sebab nak tengok abang ipar. Memang dia yang handle anak kemas rumah dan masak. Aku boleh request nak makan apa nanti dia masakkan.

Pernah skali tu aku buat-buat sakit bahu nak dia urutkan. Sekali dia suruh akak urut then dia buat tak tahu. Apa patut aku buat nak buang perasaan ni? Aku tahu salah tapi aku dah tersuka dia.

Hantaran tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan wanita ini yang seolah-olah menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga kakaknya sendiri. Mereka turut menasihati wanita ini untuk mengawal perasaannya supaya tidak berlakunya perselisihan faham dengan kakaknya kelak.

Sumber: ConfessTweetMY

SKIP THIS AD ×