Anggota kumpulan Indigo iaitu Shah berkata dia terkejut dan tidak menyangka Allahyarham Bad Indigo pergi secara tiba-tiba.
Menurut Shah atau nama sebenarnya Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin, dia baru sahaja menyaksikan perkongsian rakannya itu di aplikasi TikTok pada petang Khamis sebelum mendapat khabar Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: Netizen Sedih Arwah Bad Indigo Tak Sempat Keluar Single Baru & Kahwin Dengan Kekasih Hati
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terakhir Arwah Bad Indigo ‘Kena Sentiasa Ingat Allah Ada Dengan Kita, Allah Tak Kejam’
Al-Fatihah
Menurut Shah, dia mengetahui mengenai keadaan kesihatan Bad yang kurang sihat. Oleh sebab itu, dia memberi beberapa nasihat kepada sahabat baiknya itu. Namun begitu, Shah berkata, Allah lebih menyanyangi Bad dan ‘mengambilnya’ terlebih dahulu.
Al Fatihah Badrul Izhan Yeop Abdullah (Bad Indigo) .Aku tahu kau tak sihat dan aku dah advice kau what to do. Ye aku faham kekangan you’ve been through dan aku tahu kau tak nak menyusahkan orang. Tetapi Allah lebih menyayangi kau.
Tambah Shah, dia terharu arwah meninggal dunia pada malam Jumaat.
Satu benda yang buat aku terharu adalah kau pergi pada malam jumaat. Allah lebih menyayangi kau dan sebaik baik perancang. Apa-apapun, aku akan teruskan projek ‘Izinkan Aku’ kita yang sudah siap. Sesungguhnya lirik dan melodi lagu tu akan memberi kesan & keinsafan pada semua. Aku pasti itu yang kau nak.
Rehatlah dan semoga kau digolongkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: Shah Indigo