berita

‘Aku Takkan Bagi Kau Duit, Melayu Bodoh!’ – Pemandu Grab Terkejut Penumpang Hina Bangsa, Agama

May 10th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kecoh di Facebook apabila seorang lelaki,  Suzie Ahmad memuat naik status menyatakan seorang penumpang telah menghina bangsa Melayu dan agama Islam menerusi satu mesej di dalam aplikasi e-hailing itu.

Kejadian berlaku apabila pemandu e-hailing di kenali sebagai Mursyid menerima tempahan daripada penumpang tersebut di Petaling Jaya sebelum lelaki itu menghantar pesanan berbaur penghinaan dan terus membatalkan tempahannya itu.

Penghinaan kepada orang Melayu

Saya tidak kisah dia membatalkan tempahan Grab (perkhidmatan e-hailing), tetapi lelaki terbabit turut menghina Melayu dan Islam.

Menerusi laporan Harian Metro, dia terus ke lokasi di mana lelaki itu berada memandangkan jaraknya tidak terlalu jauh dari lokasi dia berada untuk mengenal pasti dalang disebalik mesej tersebut.

Mesej bermotifkan penghinaan bangsa dan agama

Setibanya di lokasi, dia menemui sepasang lelaki dan perempuan di dalam kereta sebelum bertanya kepada lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit sama ada dia membuat tempahan dan menghantar mesej itu atau sebaliknya.

Pada mulanya dia menafikan tetapi selepas didesak akhirnya lelaki mengaku dia adalah individu yang membuat tempahan (e-hailing) menggunakan nama Mac terbabit dan menghantar mesej berkenaan.

Kawan wanita yang ada bersamanya cuba mententeramkan keadaan supaya tidak berlaku pergaduhan dan susulan itu saya beredar dari situ.

Laporan polis telah dibuat

Berikutan kejadian itu, dia terus membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 1.22 pagi untuk tindakan susulan.

Difahamkan, lelaki itu turut membuat laporan polis berhubung kejadian.

Saya berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana individu terbabit melemparkan kata-kata kesat dan turut membuat penghinaan kepada Melayu dan Islam.

Sumber: Suzie Ahmad, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×