berita

‘Aku Tengah Mengandung..Dia Bagi Nombor Telefon Suami Dekat Perempuan’ – Fida Ibrahim Dedah Ada Dua ‘Bulldozer’ Kacau Rumah Tangga

December 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

fida ibrahim

Pelakon dan penyanyi, Fida Ibrahim tampil menjelaskan status terkini antara dia dan suami serta mendedahkan terdapat dua individu yang sering mengganggu ketenteraman rumah tangganya.

Artikel Berkaitan: Rafidah Tolak Offer ‘Peminat Misteri’ Nak Bagi Duit Puluhan Ribu Jika Sudi Jadi Isteri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Buat Macam Mana, Suami Kita Helok’ – Fazura Dakwa Ada Pelakon Cuba ‘Sondol’ Fattah Amin

Bukan penyondol

fida ibrahim

Menerusi luahan panjang di Instagram Story (IG), Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim menyifatkan individu-individu tersebut sebagai pengacau antara dia dengan suami.

Assalamualaikum semua. Saya taknak orang salah sangka dengan posting story saya semalam. Saya dan suami dalam keadaan baik dan tak ada istilah penyondol yang menganggu tapi saya umpamakan 2 orang lelaki ni “bulldozer”.

Difahamkan salah seorang daripadanya adalah merupakan ahli keluarganya sendiri dan Fida mengakui dia berasa rimas dengan kehadiran individu tersebut.

Tiba-tiba suruh suami saya telefon kawan dia la, lepas tu minta hantar sana sini walaupun suami dah beritahu yang kami ni ada kerja, dia seolah-olah tak peduli langsung. Dia datang dalam keadaan bermasalah, lepas tu siap nak buat benda yang memudaratkan dan nak libatkan suami saya.

Minta maaf lah, kesian saya memang tak ada dah, dan aku dah mula naik angin walaupun suami dah beritahu yang saya ni pun sakit kepala sebab saya tengah mengandung tapi dia tak peduli. Jadi, perlu lagi ke kita nak peduli orang mcm ni?

Dalam pada itu, selebriti berusia 37 tahun ini kemudian mendedahkan seorang lagi individu iaitu rakan suaminya yang pernah bertindak memberikan nombor telefon kepada seorang wanita.

Baru-baru ni dia pandai-pandai pulak bagi nombor telefon suami saya dekat kawan perempuan dia tanpa minta izin pun atas tujuan perempuan tu nak bertanya sesuatu yang memang bukan bidang suami saya pun. (Dalam hati saya, apa masalah lelaki ni eh?)

Kecewa dengan sikap dua individu tersebut, Fida berharap agar rumah tangganya tidak lagi diganggu dengan anasir luar sehingga mendatangkan masalah dalam perkahwinnya.

Kesimpulan kat sini, persamaan dua-dua lelaki ‘bulldozer’ ni takda adab dan dua-dua bermasalah dalam rumah tangga. Minta kita semua dijauhkan dari sifat syaitan. Syaitan ni kalau dia masuk neraka, dia nak bawak gang. Jadi, kalau kita ni ada masalah, jangan cuba nak heret orang lain jadi mcm kita juga.

Untuk info, Fida mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurusnya Shahzemir Shahzulkarib pada 5 Mei 2021.

Sumber: Instagram Fida Ibrahim

SKIP THIS AD ×