berita

[VIDEO] Adira ‘Naik Angin’ Lelaki Miang Mesej Ajak Skandal – ‘Kalau Nak Dari Dulu Lagi Saya Cari’

July 3rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Penyanyi Adira Suhaimi mendedahkan dia ada menerima mesej daripada seorang lelaki tidak dikenali yang menawarkan diri untuk menjadi ‘kekasih gelap’.

Artikel Berkaitan: ‘Sayang Kamu Dunia Akhirat’- Adira Suhaimi Tayang Kemesraan Pimpin Tangan Madu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Suhaimi Nafi Bercerai, Masih Bahagia Dengan Datuk Red

‘Tolong hormat’

Berang dengan kelakuan tidak senonoh individu tersebut, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkongsi mesej itu di TikTok dengan menyifatkan perbuatan individu berkenaan melampaui batas.

Menerusi tangkap layar yang dipaparkan oleh Adira, individu itu bukan sahaja menawarkan diri untuk menjadi skandal malah dia memberikan nombor telefon bimbitnya.

Saya bukan jenis melayan benda-benda negatif atau perkara yang tidak mendatangkan duit, tapi saya rasa ini dah melampau.

Penyanyi berusia 31 tahun itu menegaskan bahawa dia adalah seorang yang selalu bergurau namun mesej tersebut tidak sewajarnya dihantar kepada seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga.

Berani awak ya? Saya boleh bergurau tetapi bukan cara macam ini.

Kalau saya nak cari skandal, dari dulu lagi saya akan cari. Tak perlu saya tunggu sampai beranak-pinak macam ini.

Kau jangan ingat benda-benda macam ini boleh bawa bergurau.

Dalam pada itu, pelantun lagu Takdir Tercipta ini memberi amaran bahawa dia akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis andai dia menerima lagi mesej yang sama daripada mana-mana individu.

Saya buat video ini supaya tak ada lagi mana-mana ‘jantan’ yang berani direct message saya. Selagi di Malaysia ada undang-undang jangan pernah berani, tolong hormat.

Selepas ini kalau ada lagi yang berani direct message saya macam ini, saya tak akan teragak-agak untuk buat laporan polis.

Sekadar info, Adira bernikah dengan ahli perniagaan, Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

@adira.suhaimi

penting sangat adab tu sebenarnya . jangan dibawa bergurau benda benda begini … AWAS ! sekali lagi kau ah .. #fyp

? original sound – adira.suhaimi – adira.suhaimi

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×