berita

Akui Langgar SOP, Awie Dah Bayar Denda

May 10th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, viral sebuah video dipercayai penyanyi rock terkenal iaitu Datuk Awie didakwa melanggar SOP ketika menghadiri sebuah majlis berbuka puasa di salah sebuah hotel di Melaka. Dia bagaimanapun telah mengakui kesalahan tersebut dan segera membayar denda yang dikenakan terhadapnya.

Artikel berkaitan: Video Tersebar, Polis Panggil Datuk Awie Beri Keterangan Didakwa Langgar SOP

Telah bayar denda

Memetik laporan Sinar Harian, setakat sekarang masih tiada respon dari tuan punya badan. Namun, pengurusnya iaitu Mubarak Akhtar telah tampil mengesahkan perkara berkenaan. Penyanyi Di Penjara Janji itu sudah mengakui kesilapannya yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam majlis tersebut.

Kami melakukan kesalahan dan melanggar SOP, kami mengakuinya dan telah membayar denda. Mereka meminta Awie menyanyi tetapi Awie tidak mahu menyanyi. Jadi kami memainkan video muzik di bahagian depan.

Tambah pengurusnya lagi, dia memaklumkan penyanyi itu kemudian berdiri di sebelah mejanya sebelum dikerumuni oleh pengayuh beca yang menyertai program itu di hotel berkenaan.

Dipanggil ambil keterangan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri iaitu Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman telah memanggil beberapa individu yang terlibat dalam memberi keterangan.

Kesemua yang terbabit dalam kes ini termasuk penganjur program akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan. Polis Melaka juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kegagalan berbuat demikian akan diambil tindakan.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×