berita

Akur Sekiranya PKPD Dilaksanakan Semula, Kedah Tutup 5 Sekolah Mulai Hari Ini

August 3rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Susulan daripada kes kluster Sivagangga, lima buah sekolah di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap di Kedah diarahkan tutup bermula hari ini (3 Ogos 2020) sehingga 29 Ogos depan. Tindakan itu adalah untuk mengurangkan penyebaran wabak Covid-19.

Memetik laporan Bernama, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor memutuskan bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO) di Mukim Ah, Mukim Hosba dan Mukim Binjal (Kubang Pasu) serta Kampung Ulu Padang Sanai (Padang Terap).

Ditutup selama 28 hari

Antara sekolah yang disenaraikan untuk tutup beroperasi termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba, SMK Megat Dewa, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba dan SK Megat Dewa di Kubang Pasu manakala di Padang Terap ialah SK Kubang Palas.

Kesemua sekolah ini ditutup selama 28 hari yang merangkumi 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari tempoh pemerhatian. Ia meliputi kawalan pergerakan orang awam dalam radius satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Napoh yang terbabit.

Oleh itu, kesemua guru yang tinggal di kawasan TEMCO sama sekali tidak dibenarkan untuk hadir bertugas manakala guru yang tinggal di luar kawasan berkenaan tidak dibenarkan untuk ke sekolah yang berada berhampiran kawasan TEMCO. Guru yang tinggal dan bertugas di luar kawasan TEMCO tetapi perlu melalui kawasan berkenaan dibenarkan.

Segera lakukan saringan

Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri iaitu Datuk Dr Mohd Hayati Othman akur sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan semula.

Beberapa kampung sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga seperti maklumat diperolehi. Penduduk perlu bantu diri sendiri, jika bergejala atau ada kontak rapat dengan individu yang positif, mereka harus segera lakukan saringan.

Kami bimbang kes akan bertambah berikutan ada lagi keputusan saringan yang belum keluar. Kini, jika jalan terbaik adalah PKPD, maka kita akan ikut sahaja bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Sumber: Bernama, Harian Metro

SKIP THIS AD ×