berita

Al Jazeera Nafi Dakwaan Dokumentari ‘Locked Up In Malaysia’s Lockdown’ Tidak Tepat

July 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Rangkaian media Al Jazeera menafikan dakwaan yang dibuat oleh pihak berkuasa Malaysia mengenai dokumentari bertajuk ‘The East 101: Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ sebagai tidak tepat, mengelirukan serta tidak adil.

Menerusi laporan Malaysia Gazette, agensi berita itu tetap berpendirian bahawa dokumentari yang diterbitkan itu mempunyai reputasi kerana nilai kewartawanan yang berkualiti tinggi serta mendalam.

Pandangan pelbagai individu

Episod ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ itu dipercayai mempunyai pelbagai pandangan dan pengalaman individu daripada pelbagai latar belakang, termasuk doktor dan petugas barisan hadapan Malaysia.

Seperti yang dinyatakan dalam filem itu, Al Jazeera mengiktiraf bahawa tindakan Malaysia telah berjaya membendung penularan Covid-19. Program itu jelas menunjukkan usaha kemanusiaan dilakukan oleh organisasi Malaysia yang menyediakan bantuan secara terus kepada keperluan migran. Episod itu tidak mengandungan pandangan peribadi sebarang kakitangan Al Jazeera.

Video yang berdurasi 25 minit 50 saat itu dikritik rakyat Malaysia memandangkan ia mengecam layanan kerajaan terhadap pendatang tanpa izin (PATI) ketika negara melaksanakan langkah-langkah penularan Covid-19. Agensi berita itu juga cuba mendapatkan pandangan kerajaan dengan memohon temubual dengan beberapa menteri dan pegawai namun permohonan tersebut tidak diterima.

Sedia bertemu wakil kerajaan Malaysia

Rangkaian siaran televisyen Al Jazeera juga sedia bertemu dengan wakil kerajaan Malaysia bagi memberi maklum balas susulan penerbitan dokumentari tersebut. Ujar pihak Al Jazeera, mereka hanya melaporkan apa yang berlaku dan mempertahankan bahawa dokumentari tersebut turut dilaporkan organisasi berita lain, termasuk tempatan mahupun antarabangsa. Jelasnya lagi, laporan tersebut tidak melibatkan pendapat peribadi kakitangan Al Jazeera.

Dalam pada itu, enam kakitangan stesen penyiaran Al Jazeera bersama tujuh peguam telah hadir ke ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini untuk dirakam keterangan. Kesemua mereka memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Sumber: Malaysia Gazette & Astro Awani

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×