berita

Dakwa PATI Dilayan Dengan Teruk, Polis Buka Kertas Siasatan, Panggil Al Jazeera

July 7th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Didakwa bertujuan memburukkan imej negara, polis akan memanggil pengendali dan wartawan Al Jazeera dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan lanjut. Polis menerima beberapa laporan selepas dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ viral di media sosial.

Terima beberapa laporan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pihaknya juga akan meneliti beberapa akta termasuk Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

Oleh kerana ada beberapa laporan polis dibuat di atas laporan berita tersebut, menjadi tanggungjawab PDRM untuk jalankan siasatan bagi pastikan sama ada terdapat unsur hasutan atau salah laku berlaku.

Kita akan lihat beberapa undang-undang di bawah akta berkenaan selepas dia menjawab soalan.

Tambah beliau lagi, tuduhan agensi berita tersebut kononnya berlaku diskriminasi terhadap pendatang asing di Malaysia ketika ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak benar sama sekali.

Buka kertas siasatan

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid turut mengesahkan bahawa polis telah membuka beberapa kertas siasatan berhubung perkara tersebut.

Pihak polis telah menerima laporan daripada seorang wanita kira-kira jam 9 pagi semalam selepas dia menonton video dokumentari di Youtube. Keterangannya telah diambil dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber : Harian Metro , Bernama

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×