Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diumumkan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dikuatkuasakan bermula hari ini, 12 Januari 2021, jam 12.01 pagi ke atas enam buah negeri. Rakyat adalah dilarang untuk merentas daerah atau negeri apatah lagi menjalankan sebarang aktiviti sosial yang melibatkan perhimpunan ramai.
Artikel berkaitan: Tak Boleh Rentas Daerah, Negeri Sepanjang PKP. Pergerakan Terhada 10KM Sahaja
Artikel berkaitan: ‘PKP Di 6 Negeri Bermula 13 Januari 2021’ – Perdana Menteri
Artikel berkaitan: Kedai Makan, Gerai Penjaja Hanya ‘Take Away’ Sepanjang PKP
Sejak PKP diumumkan semalam, ramai rakyat berpusu-pusu ke pasar raya bagi mendapatkan bekalan makanan sepanjang PKP dilaksanakan. Menerusi perkongsian posting di Facebook Rizal Hakimm, sebuah pasar raya di Cheras ‘diserbu’ sehingga barangan habis dibeli serta-merta. Sampai kosong rak!
Online pun diborong juga
Berdasarkan di ruangan komen, pengguna media sosial turut bengang apabila ramai di antara rakyat Malaysia bertindak membeli barangan secara maksima. Difahamkan, gambar posting tersebut adalah dipercayai di Tesco Cheras yang menyaksikan semua rak di pasar raya tersebut kosong. Buka itu sahaja, difahamkan juga rata-rata sudahpun memborong barangan keperluan di atas talian (online) juga.
Duduk rumah diam-diam
Pengguna media sosial juga meluahkan rasa ketidakpuasan hati apabila melihat keadaan sebegini di posting berkenaan. Tambahan, mereka berasa geram dengan mentaliti dan sikap rakyat Malaysia yang mudah ‘panic buying’ sejurus Perdana Menteri mengumumkan PKP dilaksanakan.
Sumber: Rizal Hakimm