berita

‘Alang-Alang Dosa, Dosa Teruslah’ – Pertikai Babak Dipotong, Ini Respon Pengacara

May 27th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini Faiz Roslan meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir netizen mempertikaikan video parodi mereka yang baru. Dia turut memaklumkan bahawa mereka tidak pernah berjanji akan berhenti membuat video parodi, namun babak itu telah dipotong.

Artikel Berkaitan : Dilabel ‘Badut’ & Babak Dipotong, Faiz Roslan Luah Rasa Kecewa

Walau bagaimanapun, pengacara Hazeman Huzair memberikan penjelasan sebenar menerusi insta stories di laman Instagramnya.

Kenapa potong beberapa babak

Menurut Hazeman Huzir, setiap babak dipotong adalah untuk menjaga serta melindungi subjek daripada tanggapan tidak masuk akal dari netizen yang selalunya fikir mereka betul.

Konsep dosa la ni?

Dia memberi contoh satu babak dimana apabila Faiz mengeluarkan kenyataan bahawa ‘alang alang dosa, dosa teruslah’ dan disambut oleh Syafa ‘Konsep dosa lah ni?’. Babak itu antara yang Faiz mahukan dimana dia mengaku suka buat benda ini dan tidak boleh berhenti secara mengejut. Benda yang dimaksudkan itu tidak jelas.

Haze turut memaklumkan bahawa ianya terpaksa dipotong demi menjaga air muka Faiz agar penonton tidak marah. Mereka masih perlu menjaga maruah tetamu mereka. Tambahan, suntingan yang dibuat bukanlah secara prejudis.

Kalau tak suka block

Haze turut memberi penjelasan kepada peminat Dai’ Wan. Ada babak yang dipotong kerana baginya Dai’ Wan mengeluarkan isi yang sama. Kalau peminat tidak berpuas hati, boleh membaca sekali lagi di ruang Instagram Dai’ Wan.

Sumber : Hazeman Huzir

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×