berita

‘Alang-Alang Tu Kenapa Tak Nak Buat Rule Pelakon Kayu Dilarang Keluar TV?’ – Michael Ang

November 21st, 2019 | by Azizi Rahman
Isu & Kontroversi

Semalam, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac berkata semua stesen penyiaran di negara ini tidak lagi akan membenarkan pelakon muda disolek bagi memegang watak orang tua dalam drama dan telefilem. Katanya, syarat yang akan dikenakan mulai tahun depan itu dibuat bagi menjaga hak dan kebajikan artis veteran.

Bagaimanapun, pengumuman yang dibuat Hans itu nampaknya tidak mendapat reaksi positif daripada segelintir selebriti termasuklah pengarah dan juga pelakon, Michael Ang.

Sekat kebebasan berkarya

Menerusi satu posting yang dibuat Michael di laman Instagramnya semalam, dia berpendapat bahawa syarat baharu yang dikenakan Finas itu seperti mengawal kebolehan yang ada pada seseorang pelakon dan juga menyekat kebebasan mereka untuk berkarya.

Katanya, sebagai seorang pengarah dan produser, dia sering memberi ruang kepada pelakon veteran untuk membintangi dramanya.

Justeru menurut Michael, keputusan tersebut seolah-olah berat sebelah kerana seperti menutup periuk nasi pihak lain dan beranggapan bahawa ia bukan satu penyelesaian yang terbaik.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Michael dilihat bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh selebriti itu.

Malah, mereka juga turut berkongsi pendapat dan memberikan pandangan mereka tersendiri berhubung syarat yang telah ditetapkan oleh Finas tersebut.

Sumber: Instagram Michael Ang

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×