berita

Album Terbaru Bunkface Telan Kos RM200 000!

November 22nd, 2012 | by M
Kini Trending

Bunkface mencipta sejarah melalui album terbaru mereka berjudul “Bunk Not Dead” di mana mereka telah berbelanjakan sejumlah modal yang besar, iaitu RM200 000 demi menjayakan konsep album, Augmented Reality (AR). Kos ini meliputi tenaga kerja produksi, karya seni, dan aplikasi Blippar yang akan digunakan untuk melihat teknologi AR yang disediakan. Ini sekaligus meletakkan Bunkface pada tahap tersendiri kerana ini julung kalinya sebuah album tempatan mengimplementasikan teknologi AR.

Taruhan Bunkface melalui ‘Bunk Not Dead’ tak boleh dipandang enteng kerana ia mengandungi 13 buah lagu merangkumi 4 buah lagu Melayu dan 9 buah lagu Inggeris. Paling istimewa, album ini akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Dato’ Mukhriz Bin Tun Mahathir pada 27 November, minggu depan.

Sebagai peminat Bunkface, anda perlu memuat turun aplikasi BLIPPAR secara percuma melalui laman Google Play Store & Apple App Store. Anda perlu mengimbas muka album ‘Bunk Not Dear’ dan imej beserta video eksklusif akan dipaparkan di telefon pintar anda.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×