Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aleeya Zailan menyorot perhatian ketika melakukan sesi siaran langsung semasa membawa beberapa orang pekerjanya makan di sebuah restoran udang galah (lobster).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Bertudung Bukan Kerana Allah, Takut Tak Istiqamah’ – Aleeya Zailan

Tak kisah staf pesan makanan mahal

Menerusi rakaman video yang dimuat naik semula di TikTok, Aleeya dan suaminya, Azri Aziz menjawab soalan seorang pengikut yang bertanyakan adakah mereka tidak kisah sekiranya pekerja mereka memesan lobster di restoran tersebut.

Kalau staf saya pesan nak makan lobster saya okay atau tak? Okay saja dan malah, semua tengah makan lobster sekarang ini.

Nak kisah dan berkira buat apa?

Tambah Azri, dia dan Aleeya sangat terbuka sekiranya pekerja memesan makanan yang lebih mahal berbanding mereka.

Dan kalau pergi makan kami makan ‘steak angus’ tetapi staf makan daging wagyu.

Di akhir video tersebut, Aleeya sempat menitipkan pesan kepada orang ramai di luar sana untuk menghargai pekerja dengan cara yang betul.

Satu saja nak pesan, kalau tak nak bagi staf makan lobster, jangan bawa mereka ke kedai lobster.

Jahatlah kalau bagi diaorang tengok saja.

Video

Sumber: TikTok