Penyanyi dan pelakon, Alif Satar dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Hartamas, berdekatan Istana Negara, semalam. Bagaimanapun, Alif dipercayai tidak mengalami kecederaan yang serius.
Artikel Berkaitan: Anak Muda Seronok Sahut Seruan Alif Satar #GengSubuhMacamJumaat, Keluar Rumah Seawal 4 Pagi & Pasang Lagu Nasyid Dalam Kereta
Allah uji sikit saja
Menurut pengurus Alif iaitu Dina, kejadian tersebut berlaku ketika Alif sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari solat Jumaat ke rumah keluarganya.
Keadaan dia okay sahaja dan tak ada kecederaan serius. Dia kini masih dipantau di sebuah pusat perubatan. Doktor nak pantau jika ada kecederaan dalaman.
Terbaru, Alif dilihat memuat naik sebuah posting di akaun Instagram miliknya. Ujar Alif, apa yang menimpa dirinya itu hanyalah sedikit sahaja ujian daripada Allah. Tambah pelantun suara ‘Jangan Nakal’ ini, dia berterima kasih kepada semua orang yang tidak henti menelefon dan menghantar mesej kepadanya. Jelas Alif, dia akan cuba untuk membalas semua kiriman mesej tersebut.
Sumber: Alif Satar