berita

‘Alhamdulillah Dah Discaj’ –Sembuh Covid-19, Mawar Karim Kongsi Pengalaman

January 18th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, bekas isteri dan anak kepada Fizo Omar, Mawar Karim telah disahkan positif Covid-19. Namun, pada mulanya Mawar tidak menceritakan hal yang sebenar dan hanya memberikan hint dia dan anaknya telah positif Covid-19. Desas-desus berita tersebut akhirnya dijawab oleh Fizo Omar, menerusi satu status yang dimuat naik di laman media sosialnya.

Artikel Berkaitan: ‘Doakan Saya & Maryam’ – Bekas Isteri, Anak Fizo Omar Positif Covid-19?

Artikel Berkaitan: Fizo Omar Sahkan Bekas Isteri, Anak Positif Covid-19 Sejak 1 Januari

Terbaru, menerusi beberapa Instastory yang dimuat naik oleh Mawar di platfom Instagramnya, menceritakan dia dan anaknya Maryam telah discaj dari hospital.

Alami beberapa simptom

Jelas Mawar, anaknya Maryam tidak mempunyai sebarang simptom dan hanya mengalami demam sewaktu mendapat rawatan di hospital. Manakala, Mawar mengalami sesak nafas, sakit hidung, namun dia ketika itu masih mampu menahan sakit. Hal ini demikian kerana, dia tidak mahu ahli keluarganya yang lain risau dengan keadaan kesihatannya.

Malahan, Mawar turut menceritakan tahap kesihatannya dan Maryam beransur pulih. Tidak berakhir di situ, Mawar turut berterima kasih kepada semua netizen yang mendoakan supaya mereka berdua cepat sembuh.

Walaupun mungkin kita tidak pernah kenal atau pernah jumpa. Semoga kita semua dalam keadaan yang baik untuk permulaan tahun 2021.

Terdahulu, Fizo Omar mengesahkan bekas isteri dan anaknya telah positif Covid-19 sejak 1 Januari yang lalu.

Instastory Mawar

Sumber: Mawar Karim

SKIP THIS AD ×