Bukan setakat tuan badan, peminat Fizo Omar dan Mawar Karim sendiri pun tidak sabar untuk melihat baby pasangan ini dilahirkan. Iyalah, setelah 4 tahun berkahwin, sudah tentu semuanya tertunggu-tunggu macam mana cutenya pasangan sama cantik sama padan ini.
Artikel berkaitan: Hidap Endometriosis Punca Isteri Fizo Omar Sukar Hamil, Doktor Ini Kongsi Cara Rawatan
Fizo Omar berkongsi berita gembira di Instagramnya apabila isterinya itu selamat melahirkan anak sulung mereka. Alhamdulillah.
Luah rasa syukur di Instagram
Alhamdulillah syukur. Mawar selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.78kg pada jam 4.01 ptg td.
Terima kasih kpd smua yg mendoakan kami.
Fizo membuat perkongsian itu di laman sosial miliknya petang semalam dan disambut dengan ucapan tahniah bertalu-talu daripada peminatnya. Semuanya tumpang gembira dengan kelahiran berkenaan.
Bersalin secara pembedahan
Pertamanya saya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kami. Atas nasihat doktor, Mawar bersalin secara pembedahan kerana ada masalah ketumbuhan dalam rahim sebelum ini.
Kami sengaja memilih pembedahan pada tarikh ini kerana kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Kandungan Mawar juga sudah lebih 37 minggu dan sesuai untuk pembedahan.
Tiada Instagram, hanya akaun simpanan
Saya akan buka banyak akaun yang berbentuk simpanan wang. Kalau boleh saya nak sasarkan pada umur 20 tahun, anak kami sudah bergelar jutawan.
Hasrat ini bukanlah angan-angan kosong kerana setiap keluarga perlu merancang masa depan anak-anak. Ia bukan kerana kami mampu tetapi kita kena konsisten menyimpan atau melabur untuk anak.
Fizo dan isteri juga tidak bercadang membuka akaun Instagram khas untuk kelahiran sulung mereka itu. Namun mereka memilih untuk membuka akaun simpanan wang dan mempunyai matlamat menjadikan anak mereka itu jutawan sebelum 20 tahun. Ini baru betul!
Belum sedia pamer wajah anak
Buat masa ini saya belum sedia mempamerkan wajah anak kami dan ia mungkin dilakukan selepas majlis cukur jambul nanti.
Keutamaan diberikan kepada keluarga terdekat untuk melihat wajah bayi kami dan saya harap peminat bersabar menunggu saatnya.
Dalam laporan sama, Fizo juga mengatakan buat masa sekarang, dia belum bersedia berkongsi gambar wajah anaknya itu untuk tatapan peminat.
Selain itu, dia juga memberitahu Harian Metro perjalanan kehamilan proses mereka berdua menjadi ibu bapa akan diterbitkan dalam sebuah rancangan TV dan saluran Youtube miliknya.
Sumber: Harian Metro , Fizo Omar