Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang dirinya susulan polemik yang melanda rumah tangganya bersama suami, Alif Teega.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Percaya Kenyataan Palsu Aisyah Lepas Ni, Dia Dah Dikawal & Digertak Alif..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Akan Burukkan Abang’ – Aisyah Tenang, Hormat Alif Teega Sebagai Suami
Dalam keadaan baik
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Aisyah memaklumkan dia berada dalam keadaan baik dan akan meneruskan kerja di syarikatnya seperti biasa.
Dalam masa sama, Aisyah berharap orang ramai dapat memberikan dia sedikit ruang dan tidak bertanyakan lanjut mengenai isu yang sedang berlaku.
Tujuan saya menulis kali ini adalah untuk menjernihkan dan memurnikan keadaan yang sedang berlaku.
Pertama sekali, terima kasih buat semua yang mengambil berat dan memberi kata-kata motivasi. Semoga dengan motivasi kalian, Allah memberikan kemudahan dan kebahagian.
Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik. Tetapi atas komitmen saya kepada syarikat saya iaitu Hijanah Official, saya tetap perlu membuat live seperti biasa.
Saya mohon netizen untuk memberi ruang dan tidak bertanya mengenai isu yang terjadi. Dikhuatiri situasi akan bertambah besar.
Dalam perkongsian sama, Aisyah berkata dia amat meghargai segala nasihat yang diberikan kepadanya.
Terima kasih atas motivasi dan kasih sayang semua. Saya sangat menghargai kalian. Biarpun kita tidak kenal secara rapat, tetapi segala motivasi yang diberikan sangat berguna untuk saya di masa akan datang.
Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja dan kita boleh teruskan hidup dengan lebih baik.
Sumber: Instagram