Meskipun sudah bercerai dengan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof, pelakon Puteri Sarah Liyana tetap mendapat layanan yang sungguh istimewa daripada ibu dan bapa mentuanya, Datin Patimah Ismail dan Datuk Yusof Haslam.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Doa Puteri Sarah Dapat Jodoh Yang Boleh Bahagiakan Dia & Anak-Anak’ – Yusof Haslam
Jaga silaturrahim dengan besan
View this post on Instagram
Terbaharu, Patimah meraih perhatian apabila memuat naik gambar dirinya dan suami bersama ibu dan bapa Puteri Sarah iaitu Paridah Puteh dan Megat Kamaruddin di Instagram (IG).
Menerusi hantaran tersebut, mereka berempat dilihat keluar berbuka puasa bersama-sama di sebuah hotel di ibu kota.
Menurut Patimah, dia dan suami akan terus menjaga hubungan bersama besan mereka itu demi kedua cucu mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Alhamdulillah, silaturrahim kami teruskan demi cucu-cucu tercinta bersama besan yang kami hormati.
Sementara itu, Puteri Sarah dan adik- beradik lain turut sama sertai majlis berbuka puasa.
Dalam masa sama, mereka meraikan ulang tahun kelahiran Sumayyah.
Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih lebih 10,000 tanda suka dan lebih 200 komen daripada wargamaya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji sikap murni Patimah dan suami yang sentiasa berusaha menjaga hubungan sesama besan meskipun anak-anak mereka sudah pun bercerai.
Mereka juga mendoakan agar hubungan baik mereka itu berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Walau bagaimanapun, rumah tangga mereka itu runtuh selepas mereka dengan rasminya bercerai pada 14 Jun tahun lalu.
Syamsul kemudiannya telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Ira Kazar pada Januari 2023.
Komen netizen
Sumber: Instagram Datin Patimah Ismail