Pelakon Maya Karin meluahkan rasa syukur kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawab sebagai penyampai anugerah sebuah acara, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sakan Menari Bersama, Netizen ‘Panic Attack’ Tengok Aksi Maya Karin & Remy Ishak
Semua berjalan lancar
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke berasa lega apabila dapat menjalankan tugas tersebut dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Alhamdulillah. Thank God semalam semua berjalan lancar dekat Anugerah Gempak. Tak ada rasa nak menggigil, nak pengsan ke apa. Tak ada juga nak buka kasut dan sebagainya.
Walaupun sebenarnya saya terlajak tidur sebab penat sangat. Dari Singapura terus ke Putrajaya. Tapi semuanya berjalan lancar.
Pelakon filem ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ itu turut berkongsi momen dia menyampaikan anugerah tersebut bersama rakan selebriti, Rozita Che Wan.
Terdahulu, pada tahun 2022, Maya Karin mendedahkan dirinya diserang ‘panic attack’ ketika ingin menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM).
Lebih teruk, Maya kelihatan menggigil dan hampir pitam sewaktu membacakan skrip.
Sumber: Maya Karin