berita

Pensyarah Asyik ‘Cancel’ Kelas, Maya Karin ‘Fed Up’ Sampai Berhenti Diploma

July 21st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon jelita, Maya Karin mendedahkan antara sebab mengapa dia tidak menyelesaikan pengajiannya di peringkat diploma sehingga tamat adalah kerana sikap tenaga pengajar yang didakwa sering ‘ponteng’ kelas.

Artikel Berkaitan: ‘Hampir Satu Tahun Dia Jadi Anak Saya Dalam Penggambaran’ – Maya Karin Simpati Nasib Puteri Rafasya

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sakan Menari Bersama, Netizen ‘Panic Attack’ Tengok Aksi Maya Karin & Remy Ishak

Berdepan situasi yang sama

Menerusi ciapan di Twitter, aktres tersebut dilihat memberikan respon terhadap kes tular iaitu tiga orang pelajar bertindak menyaman seorang guru Bahasa Inggeris akibat gagal menghadirkan diri ke kelas selama tujuh bulan.

Pelakon berdarah Melayu-Jerman ini ternyata berdepan dengan situasi yang sama sehingga memberi kesan terhadap pembelajarannya.

Salah satu sebab saya berhenti selepas setahun belajar diploma. Asyik sampai ke kelas hanya untuk mendapat nota yang memaklumkan ‘kelas dibatalkan kerana pensyarah tidak dapat hadir’.

Susulan itu, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam ini mengambil keputusan untuk menamatkan pengajiannya dan menceburi bidang seni.

Jadi daripada terus membazir duit ibu bapa, saya berhenti dan buat kerja-kerja teater, melancong mengelilingi dunia dan kemudian masuk ke industri hiburan.

Nasib pelajar

Menjengah ke ruangan balas, terdapat segelintir warganet yang turut berkongsi tentang masalah yang sama ketika mereka melanjutkan pelajaran.

Dalam pada itu mereka berpendapat bahawa seorang pensyarah sepatutnya bertanggungjawab terhadap setiap kelas dan pelajar.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×